:: LaguKu UntukMu ::

Thursday, November 26, 2009

Twilight New Moon @ 2012

Rasanya last saya tengok wayang adalah cite TRANSFORMER 2. Weekend ni bercadang untuk menonton wayang.Ada dua pilihan sama ada 2012 atau Twilight New Moon. Last week dah plan nak tgk 2012 tapi tak jadi. Minggu ni dah jadi 2 movie plak untuk ditonton. Tapi rasanya saya akan tengok salah satu jer, mungkin akan tengok 2012. Twilight baru hari ini start ditayangkan. so ada masa lagi. Itu akan jadi cite untuk ditonton next-next week.

Sunday, November 22, 2009

Kawan Baru..

Sejak dah bekerja ni saya memang merasakan agak sukar untuk mendapat kawan baru. Masa kat universiti memang masa yang saya rasa saya banyak berjumpa dengan kawan baru. Satu lagi medium untuk saya mencari kawan baru adalah dengan berchatting. Dua ke tiga tahun lepas saya memang agak selalu masuk ke chat room. Namun aktiviti itu telah lama saya tinggalkan.
Mencari kawan baru melalui chatting memang banyak risikonya. Terutamanya kita tak tahu kejujuran kawan baru kita tu.Bagi saya chatting hanya setakat di situ sahaja. Namun ada jugak rakan chatting yang masih berchatting dengan saya sampai ke hari ni. Cuma mereka ni on dan off jer. Baru-baru ni saya telah berjumpa dengan seorang rakan chatting saya. Alhamdulillah rakan saya itu baik.Kami dah berchatting hampir 2 tahun kot (tak berapa nak igt). Akhirnya saya berjumpa dengan sorang lagi kawan baru...