:: LaguKu UntukMu ::

Monday, May 31, 2010

Tema Baru

Setelah sekian lama, di awal pagi ini saya rasa saya nak tukar tema blog saya. Saya nak guna tema warna "orange" dan hasilnya adalah seperti yang anda lihat. Saya suka sangat dengan tema baru ini dan harap anda semua turut suka. Warna "orange" ini saya pilih sebab "teman" saya sangat menyukai warna ini. Kalau nak tanya saya suka warna ape, sebenarnya saya sendiri tak tahu saya suka warna ape. Saya lebih suka pilih warna ikut kesesuaian benda tersebut.

Kehilangan

Satu perkara yang saya rasa semua orang pun tak mahu ianya terjadi kepada diri sendiri, tak kisahlah dalam apa jua bentuk pun. Terjadinya ia pasti sedikit sebanyak memberi impak dalam kehidupan seseorang itu. Impaknya pulak bergantung kepada apa yang kita hilang itu.

Saya sendiri baru saja kehilangan sesuatu yang amat berharga gak dalam hidup saya. Hilang HANDPHONE. Dalam zaman sekarang, kehilangan handphone mampu mengucar-kacirkan kehidupan seseorang. Saya sendiri dapat merasakannya. Ini adalah kali kedua saya kehilangan handphone. Kedua-duanya hilang kerana dicuri.

Handphone pertama hilang bersama-sama dengan handbag sekali. Tapi bukan kena ragut tau. Ianya saya sedar hilang sewaktu turun dari bas balik dari kerja. Saya sedar saya hanya pegang satu beg saja tapi handbag takde. Cam mana orang tu amik saya tak sedar. Semuanya berlaku dalam bas. Saya pasrah tapi kehilangan yang pertama ini tak berapa sedih sangat berbanding dengan kehilangan handphone kali ini.

Kehilangan yang kedua juga di curi. Saya rasa sangat sedih sebab ada beberapa gambar dan record yang saya buat tak sempat saya transfer dan ianya begitu bermakna untuk saya kerana ianya kenangan terindah buat saya. Memang terkilan sangat-sangat. Saya seperti nak suruh pencuri tu email jer gambar ngan record-record tu, handphone dia amikla tapi sape yang curi saya pun tak tahu.

Selain itu saya juga kehilangan nombor telefon rakan-rakan saya. Untuk itu saya mohon kepada rakan-rakan taulan sekalian untuk sms semula saya supaya saya dapat mengumpul kembali nombor-nombor anda. Nombor saya masih yang sama.

**Kehilangan barang mungkin tidak memeritkan berbanding kehilangan orang yang sangat kita sayang dan cinta.

Wednesday, May 26, 2010

Pembaca Senyap

Saya menulis blog memang secara suka-suka. Sekadar meluah rasa, berkongsi pandangan dengan anda semua. Kalau ikutkan blog saya ini pun tak banyak sangat followernya sebab saya sendiri pun tak follow mana2 blog pun. Bila saya rasa nak baca blog kawan2 saya, saya gi je kat blog diorang.

Mungkin ada di antara anda adalah pembaca senyap di blog saya, saya ucapkan TERIMA KASIH kerana singgah di blog saya yang tak seberapa ni. Blog saya tak banyak gambar pun sebab saya takde kamera. Harap kamera phone jer tu pun susah sangat nak transfer. Insyallah lepas ini saya akan cuba menambah baik blog saya. Satu sebab saya jarang update blog adalah kerana saya sibuk ngan master saya dan alhamdullillah segalanya telah selesai pada 14 May yang lalu. Hopefully lepas ini saya akan rajin update blog (semangat ni ..moga ianya terlaksana. Doakan saya rajin yeak).

Kejujuran, kepercayaan & kesetiaan

Apa kaitan antara kejujuran, kepercayaan & kesetiaan dalam sesuatu perhubungan? Mereka yang dah bercinta atau sudah pun di alam perkahwinan mungkin lebih mengerti perkaitan antara ketiganya.

Hanya sekadar berkongsi pandangan, saya rasa ketiga-tiganya penting dalam membina sebuah perhubungan yang harmoni. Saya amat menitikberatkan ketiga-tiga perkara ini dalam perhubungan saya (oppss terbagi tahu plak saya dalam perhubungan. Apapun perhubungan boleh didefinisikan dalam pelbagai bentuk so bukan cinta jer tau). Bagi saya kejujuran akan membina kepercayaan yang akan membawa kepada kesetiaan.

Kejujuran dalam perhubungan, paling senang saya bagi contoh dengan sapa kita keluar. Bila kita dah dalam perhubungan, kita akan rasa "self of belonging to someone" so saya lebih selesa beritahu pasangan saya ke mana dan dengan siapa saya pegi dan begitu juga sebaliknya. Mungkin setengah orang akan cakap itu dah macam QUEEN CONTROL tapi bagi saya itu tidak. Sebenarnya ianya boleh mengelakkan daripada fitnah. Sebelum orang bagi tau saya dia nampak boyfren saya ngan orang lain, saya dah tahu pun dia ada di situ dan dengan sapa. Itu cara saya. Lain orang lain caranya. Semua itu tak jadi masalah sekiranya kita ikhlas antara satu sama lain.

Bila kita dah jujur, baru la kita dapat membina kepercayaan antara satu sama lain. Kepercayaan itu akan runtuh bila kita tak jujur. Bagi saya, saya bukanlah wanita yang kaki cemburu. Sakit hati kerana cemburu dengan sakit hati bila pasangan saya tak jujur, yang tak jujur itu lebih memeritkan. Kepercayaan antara satu sama lain itulah bagi saya kunci sebuah perhubungan. Tapi janganla plak percaya sampai yang tak logik pun kita percaya. Berfikir secara rasional dengan setiap apa yang pasangan kita sampaikan terutama pada mereka yang dapat pasangan dalam kategori "sweet talker" (sendiri faham la yeak).

Kejujuran dan kepercayaan yang terbina akan dengan sendirinya menjadikan kita setia pada pasangan kita. Kasih sayang yang terjalin menambah lagi rasa setia kita pada pasangan kita. Saya plak rasanya dalam kategori orang yang setia. Bukanlah saya ni masuk bakul angkat sendiri tapi ini pengakuan dari kawan saya yang mengatakan saya memang setia. Mungkin ya. Dan saya mengharapkan pasangan saya itu pun akan setia..huhu..Hati dan perasaan orang memang sukar untuk ditafsirkan. Saya hanya berserah pada ALLAH.

Saya berdoa seandainya dia adalah jodoh terbaik buat saya, moga perhubungan kami akan mendapat restu dari-NYA, kedua belah keluarga dan rakan-rakan dan mengharapkan segalanya berjalan lancar hingga ke "akhirnya". Saya mengharap doa dari anda semua....

Tuesday, May 4, 2010

Perlu siap!!!

5 May - Paper MAT263 masuk (174 skrip)
6 May - Presentation projek akhir Master
6 May - Paper ASC 260 masuk (65 skrip)
7 - 9 May - Marking paper MAT263 & ASC 260 dan finalised markah perlu disiapkan. Dalam masa yang sama
perlu bantu seorang rakan untuk paper lain gak sebab dia ngajar sorang..
10 - 12 May - Perlu siapkan segala pembetulan projek dan finalised sebelum hantar binding.
11 May - Perlu hantar soalan intersesi (ini yang paling pening kepala nak buat).
13 May - Perlu hantar projek akhir untuk hard cover binding
15 May - Perlu hantar projek kepada KP.

Dalam masa 10 hari semua perkara tersebut perlu saya SIAPKAN...Semoga saya mampu melakukan yang TERBAIK!!