:: LaguKu UntukMu ::

Thursday, January 31, 2013

19 Tips Cinta Suami & Isteri

Post ni saya amik dr fb..saje nak share kat blog..in sha allah boley diamalkan nanti..hehehe..

 
♥ 19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI ♥


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.



Tuesday, January 29, 2013

Cuti cuti Malaysia, Kelantan : Day 3 & 4

Hari ketiga di Kelantan kami sekelurga menghadiri majlis sambut menantu kawan kepada adik saya..saya tk ikut serta sebab masalah kesihatan..so lepak kt bilik je sepanjang hari..adik saya kata rumah kawan dia tu dekat sgt ngan umah isteri kepada apek (gol keeper yg glamer tu)..adik saya lupa nk snap gambar..katanye cantik..ala rugilh plak..takpelh next time lh kite amik gambar yer..

Family saya sempatlh bershopping plak kt bazaar tok guru..sempatlh diorang membeli kain pasang n baju lg..tk hbs2 shopping baju jer..mama belikan saya sepasang kain tuk buat baju..ermm bila nk tempah ni..kain pasang saya ada 4 pasang tak ditempah lagi..plak tu ada sepasang lagi masih pada tailor saya..tggu saya kata buat br dia buat..bila saya nk suh buat jer mesti ada halangan lain..takpelh banyak masa lagi..

Sebelah malam saya dh sihat sket :p  hehehe  so jln2 lh sekali lagi kat wakaf che yeh tu nak cari tudung tuk kawan saya..semlm dh husha n dh bg gambar suh dia pilih..so nk pi beli lh ni..kat kedai yang sama ada gak jual baju tido "kelawar"  so beli 2 helaibsebab ada org pesan gak..pendek kata mlm ni saya beli tuk yg mmber2 pesan..taklh byk sgt pun..padtu saya sggh plak beli buah delima..yang ni pun kawan saya pesan gak..belilh sekali tuk diri sendiri..


Buah delima


Tudung , baju tido & kain pasang..


Hotel kami


Pintu gerbang wakaf yg mmg btul2 kat tepi hotel..masuk pintu gerbang baru ley masuk hotel..parking pun senang sbb pihak hotel dh block parking tuk penginap hotel shj..ada byk gak hotel kat area ni tp hotel lain cam susah nak parking skit..

Besok paginya kul 9 kami dah checkout hotel..lepas breakfast kami singgah ke pasar siti khadijah..adik saya nak beli samping sbb next 2 weeks dia nak jadi pengapit..harga samping mmg mahal gilalh..yang adik saya beli harga asal RM600..kami minta tawar dapat RM320..kat kedai lain samping yang sama harga diorg letak RM 800..kedai ni je letak murah skit..pastu beli gak satu tuk abah RM 250..yang ni dia tak bg turun walaupun dh minta n merayu..kata dia sebab  yang tadi dia dah turunkn byk sgt..takpelh..kitorg amik gak sbb abah berkenan yang tu..

Lepas tu trus grak ke terengganu singgah umah kawan mama..kul 5 lebih baru kami bertolak semula dan sampai kl jam dh menunjukkn kul 12.30 mlm..penat tak terkata but really enjoy the time spend with my family..in sha allah next trip will be coming soon..




Saturday, January 26, 2013

Cuti cuti Malaysia, Kelantan : Day 2

Hari kedua di kelantan membawa kami sekeluarga ke Rantau Panjang. Sebelum bergerak ke sana kami singgah bersarapan di D'klasik Kopitiam..menu di sini memang  menarik tapi servis nya sangat lambat..kami hanya order roti bakar dan hampir sejam menunggu hanya 2 dari 5 menu yang kami dapat..lama sangat menunggu kami decide untuk cancel order dan trus blah..bagi itu tak sepatutnya berlaku..tu blum penuh lagi, kalau penuh brape lama nak tunggu..orang tgh lapar ni cepat marah kan kan kan?

Perjalanan ke RP mengambil masa lebih kurang 45 minit..sampai kat situ jamm lah plak..jalan jadi slow sebab semua nak cari parking..alhamdullilah rezki kami, masuk je kawasan nak shopping ada kete nak kuar..so tak yahlah parking jauh sgt. Saya pernah datang sini dua kali,so ni kali ketiga saya sampai..

Saya memang dah aim beberapa barang untuk dibeli..sampai je trus gi survey barang2 tersebut..bagi saya harga di sini memang murah jika dibandingkan dgn di KL..kena pandai tawar..baju baju memang cantik kat sini..rambang mata ... rasa nak beli semua yang berkenan tapi beringat gak tentang duitnye..hehe..kalau ikut plan, saya tak nak beli baju tapi lain yang jadi..tulah perempuan kan dalam kata taknak tu mesti ada gak terselit sehelai dua...

Inilah hasil shopping saya..

Adik2 saya semua beli seluar jeans..diorang dapat sehelai  RM28..baju kebanyakkan saya tanya dalam average RM 28..minta kurang saya ley dapat RM 21..hehe..Kena pandai tawar menawar..kalau saya memang saya akan tawar harga serendahnya..barulah naik2 kan..kitorang lunch kat situ je..hidangan yang di ambil pastilah tomyam..dah sampai sini tomyam memang wajib rasa...

Dah habis shopping tu on the way balik kami singgah di masjid beijing..reka bentuk masjid ni memang nampak ala2 kat beijing..datang sini wajib singgah yer..




Sekali tengok nampak cam tokong cina tapi ini MASJID yer

Kami sampai hotel dalam kul 5.30 petang..lepas maghrib kami kuar semula tapi jalan kat wakaf che yeh jer..barang barang kat sini pun murah murah gak..kat sini saya beli casing phone jer &surveykan tudung tuk kawan saya..survey dulu besok malam baru nak beli..round punya round sedar sedar kul 12..wah lamanye kami berjalan jalan kat dalam ni..best mestilah lama..




Jubah jubah ni saya jumpa kat dalam wakaf ..memang murah RM 100 belum tawar yer..tengoklah betapa banyak manik tp harga dia murah..banyak lagi saya jumpa yang cantik cantik..bawah RM100 pun ada..sgt berbaloi kalau beli..tapi saya tak beli sebab labuh sgt..saya kena alter..pulak tu yang saya minat maniknye sampai bawah..so rugilah kalau saya potong kan..so tempah jelah..

Besok nak gi pasar siti khadijah plak...shopping lagi ke?? tungguuuuu

Friday, January 25, 2013

Cuti cuti Malaysia ,Kelantan :Day 1

Bersempena dgn cuti maulidur rasul & thaipusam pada minggu ini, saya sekeluarga telah merancang untuk bercuti ke Kelantan..Sebenarnya ada jemputan kawin pada 26 Januari 2013,tu yang mengambil kesempatan untuk bercuti terus..Lagipun kami jarang dapat ke negeri xik siti wan kembang ni.

Seawal kul 7 pagi kami telah bertolak.. Alhamdullilah pperjalanan di permudahkan..Mula2 ingat banyak kereta tapi tak banyak pun.. Mungkin ramai merancang nak balik masa cuti tahun baru cina yang akan datang.. Lagi 2 minggukan...

Semasa  dalam perjalanan kami sempat berhenti beli "roti paung" ermm roti yang wajib beli beli sampai kelantan.. First time rasa dulu tahun lepas masa we all gi candat sotong..rasa roti ni lembut jer..makan masa panas panas memang sangat sedap..Ada beberapa perisa iaitu planta, kaya, kacang merah & kelapa. Semua pun saya rasa sedap..

Pastu kami singgah plak makan kat Pantai Batu Rakit.. Kat sini kami makan semua yang yang bergoreng tepung: sotong, ikan dan udang..ada gak kerepok lekor(wajiblah ada kan sbb kat terengganu).. Apa yang bestnye? Sebab kat sini murah & sedaplah.. kitorang amik 6 ekor sotong yamg sebesar lengan baby tu, 13 ekor udang n 2 ekor ikan kembong, 3 air kelapa, 2 abc & 3 air kosong agak2 korang brape RM? Hehe..nanti Zarin bagitau yer..warung ni kecik je tapi ramai orang & berebut tau nak amik makanan especially sotong..cam klako bila tengok orang berebut.. baru je letak sotong tu , tak sampai seminit habis sudah..hebatkan kuasa makanan ni..yang best warung ni betul2 mengadap laut china selatan..so sambil makan terasa tiupan angin laut..



6 ekor sotong..digoreng sekor2..lupa nk snap before potong


13 ekor udang goreng tepung


Menikmati hidangan..dah lapo sebenarnya..hehe


Licin sudah..


Pantai Batu Rakit

Kami sampai Kelantan specific lagi kat Khalifah Inn. Wakaf Che Yeh pada pukul 7.30 malam...perggghhh ni first time travel ke Kelantan drive sendiri..Sebelum ni datang Kelantan ikut rombongan jer..Memang terasa kepenatannya..yang paling penat korang agak sape? Mesti semua fikir driverkan?? Haha...jawapannya tak..yang paling penat abah saya..sampai sampai jer trus solat n tido..penat cam drive jer..mungkin sebab first time terlalu lama dalam kete tu yang abah penat..

Khalifah Inn is not bad..highly recommended..Bilik yang we all amik ni ada 2 queen bed size & keluasan bilik dia sama besar ngan satu shop lot kedai..bukanlah taraf hotel but its okaylah..bukan nak duduk lama2 pun dalam bilik..kebetulan lokasi dia memang dalam kawasan wakaf che yeh ni..sape yang pernah sampai Kelantan mesti tau tempat ni kan..one of the attraction place you have to go..heaven of shopping gak..cam uptown.. harga barang memang berbaloi2..tapi saya belum shopping lagi pun..baru jalan2 sikit jer sebab nak cari makan..

Harga makan tadi RM 55 jer..murahkan..bagi saya sgt2 murah..memang tempat wajib datang kalau mai Terengganu lagi..

Tuesday, January 22, 2013

Tahun baru 2013

Ermm rasanya mmg sgt lah lama saya tak menulis lgsg kat blog ni..kemalasan tahap cipan org selalu kata..haha..setahun menyepi..tgklh last entry saya nov 2011...gila lama...lately ni sy rasa cam nk mencoret sesuatu lah kat blog ni semula...menulis ni memerlukan kerajinan..en M kat dlm diri saya ni mmglh sgt kuat..harap2 dpt lh CAMPAK en M ni jauh2..

So for first entry untuk tahun ni, saya nk ucapkan selamat tahun baru..tak lh lewat sgt sy rasa untuk wish all of u..br 22 hari berlalu. Kita masih ada lagi..jap nak kira..tahun ni bukan tahun lompat so 365-22=343 hari lagi untuk dilalui..lama lagikan tu..walaupun dah 22 hari berlalu tapi jadual saya sepanjang 3 mggu lalu sgt pack..in sha allah saya ceritakan dalam nex5 tulisan saya..so tuk hari ni setakat ni dulu..

Friday, November 25, 2011

Bertoleransi dan berterima kasih

Permulaan semester baru yang agak kelam kabut buat saya dan kawan saya yang mana kami berdua bertanggungjawab untuk membuat jadual waktu kuliah. Jadual waktu yang berulang kali dirombak menberi cabaran buat kami. Memuaskan hati semua rakan sefakulti adalah keutamaan kami. Namun kami perlu mengambil kira juga situasi pelajar. Kekurangan kelas juga merumitkan kami untuk mencari slot yang sesuai tapi kami cuba juga memberi yang terbaik buat semua. Permintaan yang dibuat cuba kami penuhi namun kami sangat terasa bila ada yang masih komplen. Sedihnya bila penat lelah kami membuatkan jadual untuk orang tu tapi dia masih komen padahal permintaan dia telah kami buatkan walaupun permintaannye sangat kami tak puas hati. Tapi boss kata ikut, kami buatkan jugak..langsung takde ucapan terima kasih kami dapat dari dia...kami memohon maaf andai ramai lagi yang tak berpuas hati dgn jadual waktu yang telah kami buat..kami telah cuba..

Monday, October 17, 2011

Betapa Berharganya Seorang Wanita

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA...

"Wallahu'alam..............

Credit : http://www.informasi.my/betapa-berharganya-seorang-wanita/