Permulaan tahun baru saya dimulakan dengan sem baru. Saya mendapat subjek baru dan pelajar baru sudah semestinya. Satu subjek tu takla baru sgt bagi saya tapi dah lama di tinggalkan dan satu lagi sememang subjek baru, bukan saja bagi saya tapi juga pertama kali di offer di sini. Subjek baru ini juga pernah saya belajar semasa saya diploma, tapi dah lama dah, tak salah tahun 2001. Sejak dari cuti semester lagi saya cuba mendapat material dari pensyarah di shah alam namun ianya agak menghampakan. Nak dapatkan skema jawapan untuk soalan final pun susah. Akhirnya semalam meminta pertolongan KP untuk mendapatkan dari melaka pulak. hopefully bley dapat. saya amat memerlukan skema jawapan tersebut sebagai panduan untuk saya mengajar. saya pasti pensyarah-pensyarah yang lain juga begitu. bila mendapat subjek baru. Bila mengenangkan situasi yang saya hadapi, saya terfikir masih ada lagi pensyarah yang kedekut untuk berkongsi bahan pengajaran. kenapa saya katakan kedekut sebab bermacam2 alasan diberikan bila saya minta untuk berkongsi maklumat. Bagi saya kalau ikhlas membantu pasti semuanya boleh...betul tak?pulak tu bukan saya minta on the spot. saya menelefon untuk set appointment ngan dia tapi bila dah byk sgt alasan dlm hati saya kata sah budak ni taknak bagi ( budak sbb dia adalah junior ms sy belajar dn dia baru satu sem mengajar). Ermm takpela dia tak nak bagi kan nak buat cm mana... harapan saya moga saya dapat mengajat subjek tersebut dengan baik. wish me luck..
Tuesday, January 5, 2010
Tahun Baru 2010!
Selamat Tahun Baru ! Walaupun terlewat sedikit namun masih lagi dalam suasana tahun baru. Tahun baru bermakna akan bertambahlah lagi usia kita. Tahun baru juga ada azam baru. Tapi seingat saya, saya tak meletakkan sebarang azam pun untuk setiap tahun. Apa yang saya mahu ialah setiap hari akan lebih baik dari semalam. Setiap hari pun kita perlu berazam untuk memperbaiki diri kita dan menambah amalan kita sebagai hamba-Nya. Orang kata buang yang keruh ambil yang jernih. Apa yang tak elok terjadi pada kita semalam, jadikan ia sebagai pengajaran dan menambahbaik pada hari ini. Semoga hari ini akan menceriakan kehidupan kita dan seterusnya mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah. Permulaan yang baik pada hari ini, akan membawa kepada yang lebih baik hingga ke akhir tahun. Insyallah....
Tuesday, December 1, 2009
UiTM Perlis From 2 until 5 Dec
Petang ini saya akan bertolak ke Perlis. Saya menjadi pemerhati untuk Konvensyen Kebangsaan KIK UiTM yang diadakan di UiTM Perlis. First time menjejakkan kaki ke UiTM Perlis. Kalau ke Perlis tu dah banyak kali sebab my youngest sister dulu belajar kat MRSM Beseri. Menjadi pemerhati KIK, saya sendiri tak tahu ape nak buat tapi yang pastinya meninjau projek-projek yang dibuat oleh pasukan lain dan bagaimana mereka melakukannya. Yang complicatednya KIK ini adalah dokumentasinya. So saya nak tengok cam mana diorang buat mengikut kriteria2 yang ditetapkan. Bagaimana mereka mengunakan tool2 yang ada dalam KIK ini. Hopefully bley dapat input yang berguna untuk kumpulan KIK saya. Doakan saya (cam nak gi bertanding plak padahal nak gi memerhati jer, hehehe..). Yang pastinya saya akan menjadi penyokong kuat untuk Kumpulan KIK INFO10 yang bertanding mewakili UiTM JOHOR. Chayok..Chayok.. INFO10.
*ingat nak "pau" kawan saya yang mengajar kat sana, tapi tulah niat tak baikkan, dia bercuti menyiapkan thesis masternye..so lain kali la aku "pau" ko yeak..
Akhirnya Twilight: New Moon
Akhirnya saya tengok Twilight New Moon. Cite 2012 dah sold out. Yang tinggal malam jer. Nasib baik Twilight tak sold out lagi. Ramai yang tengok cite ni sebab nak tengok Edward. Tapi untuk sekuel kali ini Edward tak banyak slot pun. Cite dia more to kisah Jakob. Well Jakob pun ok ape? tapi saya lagi suka dia berambut panjang. Watak Bella pun menarik. Saya suka gak. Aksi dia terjun tebing tinggi dengan slumber memang berani (kalau betul dia terjun sendirila which i don't think so). Kalau saya nak terjun tu tak tahula terjun ker tak! Tinggi tu. Overall kalau nak kata best sangat tu takdela sangat. Dari 5 bintang saya bgi 3 jer..Tak banyak action compare to the first sekuel. Apapun tak sabar nak tunggu next sekuel..nak tengok Bella betul2 jadi vampire ker tak?Sanggup ke Edward membuat kekasihnya jadi sepertinya? Well, kalau tak sabar kena baca novel la ni.. Anyone have it?Bley pinjam tak?
2012 wait for me...saya tetap akan tengok gak...
Thursday, November 26, 2009
Twilight New Moon @ 2012
Rasanya last saya tengok wayang adalah cite TRANSFORMER 2. Weekend ni bercadang untuk menonton wayang.Ada dua pilihan sama ada 2012 atau Twilight New Moon. Last week dah plan nak tgk 2012 tapi tak jadi. Minggu ni dah jadi 2 movie plak untuk ditonton. Tapi rasanya saya akan tengok salah satu jer, mungkin akan tengok 2012. Twilight baru hari ini start ditayangkan. so ada masa lagi. Itu akan jadi cite untuk ditonton next-next week.
Sunday, November 22, 2009
Kawan Baru..
Sejak dah bekerja ni saya memang merasakan agak sukar untuk mendapat kawan baru. Masa kat universiti memang masa yang saya rasa saya banyak berjumpa dengan kawan baru. Satu lagi medium untuk saya mencari kawan baru adalah dengan berchatting. Dua ke tiga tahun lepas saya memang agak selalu masuk ke chat room. Namun aktiviti itu telah lama saya tinggalkan.
Mencari kawan baru melalui chatting memang banyak risikonya. Terutamanya kita tak tahu kejujuran kawan baru kita tu.Bagi saya chatting hanya setakat di situ sahaja. Namun ada jugak rakan chatting yang masih berchatting dengan saya sampai ke hari ni. Cuma mereka ni on dan off jer. Baru-baru ni saya telah berjumpa dengan seorang rakan chatting saya. Alhamdulillah rakan saya itu baik.Kami dah berchatting hampir 2 tahun kot (tak berapa nak igt). Akhirnya saya berjumpa dengan sorang lagi kawan baru...
Thursday, October 29, 2009
Nonverbal Communication
Saya tengah study untuk final exam master this coming weekend. Topic yang saya tgh study adalah communication in International Business. Communication can be verbally and non verbally. Every one should know that nonverbal communication can be facial expression, hand gestures and so on. What i want to highlight here is the facial expression. Yes..this expresion can give a lot of interpretations. Myself is wondering with this young lady show up with his facial expression to me and i interpret it as she does not like me..what did i do wrong to her yeak?still wondering....dia tak bley senyum kot...haha....What ever it is senyum tu kan sedekah. Kite dah tegur balasla baik2. Takyahla tunjuk muka yang tak cantik tu...So frens out there...indahkan hari anda dengan senyuman supaya orang tak salah interpret kita. tak kuar duit pun nak senyum...okla nak sambung study.wish me luck in my final exam...(huh takutnya...)
Subscribe to:
Posts (Atom)