Permulaan tahun baru saya dimulakan dengan sem baru. Saya mendapat subjek baru dan pelajar baru sudah semestinya. Satu subjek tu takla baru sgt bagi saya tapi dah lama di tinggalkan dan satu lagi sememang subjek baru, bukan saja bagi saya tapi juga pertama kali di offer di sini. Subjek baru ini juga pernah saya belajar semasa saya diploma, tapi dah lama dah, tak salah tahun 2001. Sejak dari cuti semester lagi saya cuba mendapat material dari pensyarah di shah alam namun ianya agak menghampakan. Nak dapatkan skema jawapan untuk soalan final pun susah. Akhirnya semalam meminta pertolongan KP untuk mendapatkan dari melaka pulak. hopefully bley dapat. saya amat memerlukan skema jawapan tersebut sebagai panduan untuk saya mengajar. saya pasti pensyarah-pensyarah yang lain juga begitu. bila mendapat subjek baru. Bila mengenangkan situasi yang saya hadapi, saya terfikir masih ada lagi pensyarah yang kedekut untuk berkongsi bahan pengajaran. kenapa saya katakan kedekut sebab bermacam2 alasan diberikan bila saya minta untuk berkongsi maklumat. Bagi saya kalau ikhlas membantu pasti semuanya boleh...betul tak?pulak tu bukan saya minta on the spot. saya menelefon untuk set appointment ngan dia tapi bila dah byk sgt alasan dlm hati saya kata sah budak ni taknak bagi ( budak sbb dia adalah junior ms sy belajar dn dia baru satu sem mengajar). Ermm takpela dia tak nak bagi kan nak buat cm mana... harapan saya moga saya dapat mengajat subjek tersebut dengan baik. wish me luck..
Tuesday, January 5, 2010
Tahun Baru 2010!
Selamat Tahun Baru ! Walaupun terlewat sedikit namun masih lagi dalam suasana tahun baru. Tahun baru bermakna akan bertambahlah lagi usia kita. Tahun baru juga ada azam baru. Tapi seingat saya, saya tak meletakkan sebarang azam pun untuk setiap tahun. Apa yang saya mahu ialah setiap hari akan lebih baik dari semalam. Setiap hari pun kita perlu berazam untuk memperbaiki diri kita dan menambah amalan kita sebagai hamba-Nya. Orang kata buang yang keruh ambil yang jernih. Apa yang tak elok terjadi pada kita semalam, jadikan ia sebagai pengajaran dan menambahbaik pada hari ini. Semoga hari ini akan menceriakan kehidupan kita dan seterusnya mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah. Permulaan yang baik pada hari ini, akan membawa kepada yang lebih baik hingga ke akhir tahun. Insyallah....
Subscribe to:
Posts (Atom)