:: LaguKu UntukMu ::

Tuesday, January 5, 2010

Tahun Baru 2010!

Selamat Tahun Baru ! Walaupun terlewat sedikit namun masih lagi dalam suasana tahun baru. Tahun baru bermakna akan bertambahlah lagi usia kita. Tahun baru juga ada azam baru. Tapi seingat saya, saya tak meletakkan sebarang azam pun untuk setiap tahun. Apa yang saya mahu ialah setiap hari akan lebih baik dari semalam. Setiap hari pun kita perlu berazam untuk memperbaiki diri kita dan menambah amalan kita sebagai hamba-Nya. Orang kata buang yang keruh ambil yang jernih. Apa yang tak elok terjadi pada kita semalam, jadikan ia sebagai pengajaran dan menambahbaik pada hari ini. Semoga hari ini akan menceriakan kehidupan kita dan seterusnya mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah. Permulaan yang baik pada hari ini, akan membawa kepada yang lebih baik hingga ke akhir tahun. Insyallah....

No comments:

Post a Comment