:: LaguKu UntukMu ::

Sunday, April 18, 2010

Yang Terindah - Lagu tema Adamaya


Mendengarkan lagu ini buat pertama kali dari drama bersiri Adammaya, membuatkan saya terus jatuh suka pada lagu ini. Saya suka cara penyampian lagu ini, sangat bersahaja. Lirik dia pun best.I love it very much.



Semenjak kau hadir dalam Hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu Hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama Cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan Bahagia
Hingga aku terasa Indah


Maaf jika ku tidak Sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran


Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah




Dalam Hati Ada Cinta

Dalam hati ada cinta tu adalah salah satu drama bersiri yang saya suka tengok satu masa dulu di astro ria. Pasti ramai yang tahu drama ni kan! Hasil lakonan Datin Paduka Umie Aida dan Ako Mustapa. Sebuah drama yang meresap ke dalam jiwa saya. Kasih, sayang dan pengorbanan cinta seorang kekasih kepada kekasih.

Saya sukakan watak Ako dalam drama ini (hopefully my kekasih hati will be like "him" tak banyak, skit pun takpe). Seorang lelaki yang terlalu mencintai kekasihnya. Kasih sayang yang ditunjukkan dapat dirasai oleh saya (padahal Umie Aida yang berlakon, tapi nape saya plak yang rasa??). Cuma saya tak suka bila Ako mengikut sahaja permintaan Umie Aida untuk berkahwin dengan kakaknya. Ako sepatutnya memperjuangkan cinta mereka. Tapi itulah dah cite dia cam tu kan, kalau tak, tak jadi cite.

Andai kata saya berada di tempat Umie Aida, mampukah saya membuat pengorbanan seperti itu? Antara kakak dan kekasih, yang kedua-duanya disayangi dan dicintai sepenuh hati yang mana akan saya korbankan? Saya sendiri tiada jawapan. Walaubagaimanapun perkara tersebut mampu dielak. Saya akan beritahu kakak saya siapa kekasih hati, takkan menyorokkan perhubungan cinta yang terjalin terlalu lama. Ramai yang suka sorokkan tapi bagi saya kalau ada yang dah berkenan baik beritahu terutaman kepada mereka yang hampir ngan kita. Walau pun blum tentu dia menjadi suami, tapi sekurang2nya orang lain tahu dia adalah kekasih saya. so jangan kacau yeak!!! By the way, saya takde kakak dan adik saya plak jauh beza umur ngan saya, so saya rasa perkara tersebut mungkin tak terjadi dalam hidup saya but it may happen in other version, who know rite?

Sekadar perkongsian rasa hati saya sahaja. Dalam hati memang ada cinta....

Thursday, April 15, 2010

Manja dan Caring...

Sifat manja dan caring begitu dekat di hati insan bernama wanita. Tidak kira berapa usianya, wanita suka dimanjakan. Perhatian atau caring dari orang yang disayangi menjadikan hidup wanita itu lebih bermakna. Namun begitu, kadangkala sifat ini menjadi punca kepada keretakan sebuah perhubungan.


Wanita harus sedar, tak semua lelaki suka sifat manja dan caring ni. Oleh itu fahami lelaki yang anda sayangi. Dari pemerhatian saya, ada lelaki yang memang suka dua sifat ni dan lelaki jenis ini kebanyakkan kuat cemburu. Bagi lelaki yang tak berapa suka dua sifat ini, mereka adalah lelaki yang sukakan kebebasan, mereka suka wanita itu berdikari sendiri tanpa terlalu mengharapkan mereka.

Itu hanya teori saya saje. Mungkin betul mungkin salah. Apa yang penting wanita harus pandai menggunakan kedua-dua sifat ini. Jangan terlalu berlebihan dan janganla tiada plak. Kalau tak bermanja2 tak best la plak. Perhatian yang diberikan membuat wanita merasakan diri mereka dihargai.

Buat lelaki, peka terhadap wanita yang anda sayangi. Berikanlah perhatian dan kemanjaan kepada mereka biar pun hanya sedikit cuma. Perhubungan anda pasti lebih bermakna.


***Wah cam Dr Love plak.Sendiri pun belum merasa cinta. hehehe...

Wednesday, April 7, 2010

Happy Birthday to me!!

Sebenarnya dah happy belated birthday..anyway thanks for all the wishes i received. Really appreciated it. My family : mama, abah, abang, abul, dekya, kak ngah, ibu n kak ana. My frens : fizzone, naim, nadia n others kat facebook, my students...terima kasih atas ucapan2 anda semua. Special thanks to Kak Shidah for the gift and treat. Terima 2 days before my birthday lagi. suka sgt hadiah tu. ley pakai gi dating..hehehe. and to mama, thanks also for the present.

** i share the same birthdate with patty (ex seratasian) and daughter of my officemate, Eisya..happy birthday girls!!