:: LaguKu UntukMu ::

Monday, August 16, 2010

Tanpa Sedar

Tanpa sedar aku mengenali dirimu
Tanpa sedar aku merindui dirimu
Tanpa sedar aku menyayangi dirimu
Dan
Tanpa sedar aku telah jatuh cinta padamu
Tanpa sedar perhubungan kita terjalin
Tanpa sedar perhubungan kita mula mesra
Tanpa sedar perhubungan kita bertambah erat
Dan
Tanpa sedar perhubungan kita mencetus rasa
Tanpa sedar masa berlalu
Tanpa sedar waktu terus berdetik
Tanpa sedar hari berganti minggu
Dan
Tanpa sedar bulan terusan menjengah
Tanpa sedar kau dan aku berkasihan
Tanpa sedar kau dan aku bercintaan
Tanpa sedar kau dan aku mencipta kebahagiaan
Dan
Tanpa sedar kamu ada aku dan aku ada kamu
**buat insan-insan yang sedang bercinta, moga percintaan kalian hingga ke syurga**
Hasil nukilan adza

16 Ogos - SELAMAT HARI LAHIR MAMA!!

Hari ini genap mama saya iaitu Puan Zaiton binti Sabran berumur 55 tahun. Selamat Hari Lahir Mama.

Maaf andai anakmu ini masih tidak mampu lagi menggembirakan hatimu. Insyallah anakmu ini akan cuba mencari kegembiraan itu sebagai hadiah buat mama.

Maaf andai anakmu ini tidak dapat lagi membalas jasa2 mu. Insyallah moga Allah berikan kesempatan itu buat anakmu ini sebagai hadiah buat mama.

Maaf tiada hadiah mewah yang dapat anakmu berikan. Hanya tanda ucapan kasih sayang yang mampu anakmu ini hadiahkan buat mama.

Moga Allah panjangkan umur mama, murahkan rezeki dan kebahagian sehingga akhir hayat dunia dn akhirat. Sayang mama dunia dan akhirat.

Ramadhan

Hari ini adalah hari ke 6 umat islam berpuasa. Besar harapan saya agar Ramadhan kali ini dapat menjadikan saya hamba Allah yang lebih baik. Moga dosa - dosa yang saya lakukan dapat diampunkan. Saya berharap Ramadhan kali ini dapat membentuk jiwa saya supaya menjadi lebih kental, lebih bertakwa, lebih beriman dan lebih beramal. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bererti buat saya. Andai ini adalah Ramadhan yang terakhir, biarlah ianya penuh bermakna. Ya Allah moga Kau berikan hidayah dan petunjuk-mu buat hambamu yang hina ini.

Tuesday, August 3, 2010

Netbook or Notebook?

Ermmm..saya dalam perkiraan sama ada hendak beli netbook atau notebook. Saya dah pun ada notebook cuma notebook saya tu lama. Yelah beli masa tahun 2003. Masuk tahun ni dah 7 tahun dah notebook tu bersama saya. Beli pada tahun 2003, masa tu notebook memang mahal (RM 4000 ye saya beli) dan features of course tak sehebat notebook sekarang.

Kalau saya beli notebook baru anggaran harga lebih kurang RM 2000++ dan saya kena jual notebook saya (dah ada buyer tapi murahla kan) tapi masalahanya saya sangat sayangkan notebook tu. Berat rasa hati nak jual. Maybe sebab saya ni memang sayang benda pertama yang saya dapat. Bagi saya benda pertama tu amat susah untuk saya dapat so commercial value amat tinggi buat saya.

Kalau saya beli netbook, (which cost me around RM 1200++) saya akan simpan notebook saya. Notebook saya akan format balik and since harddisc dah penuh saya akan beli external hard disc (kalau beli notebook pun saya still akan beli external ni). Notebook saya akan guna untuk keje di umah dan netbook saya akan guna untuk travelling since my notebook berat dan besar.

well that's my plan. so far decide nak beli netbook jer. tapi tak tahula nanti kalau dah nampak notebook beralih arah plak. Beside kalau beli netbook, i still have extra money which i can "husha" to buy phone (since lost phone tak ganti2 lagi) or camera. hehe...cam banyak duit jer..

Well! any comment on my plan which can make into my consideration...