:: LaguKu UntukMu ::

Monday, August 16, 2010

16 Ogos - SELAMAT HARI LAHIR MAMA!!

Hari ini genap mama saya iaitu Puan Zaiton binti Sabran berumur 55 tahun. Selamat Hari Lahir Mama.

Maaf andai anakmu ini masih tidak mampu lagi menggembirakan hatimu. Insyallah anakmu ini akan cuba mencari kegembiraan itu sebagai hadiah buat mama.

Maaf andai anakmu ini tidak dapat lagi membalas jasa2 mu. Insyallah moga Allah berikan kesempatan itu buat anakmu ini sebagai hadiah buat mama.

Maaf tiada hadiah mewah yang dapat anakmu berikan. Hanya tanda ucapan kasih sayang yang mampu anakmu ini hadiahkan buat mama.

Moga Allah panjangkan umur mama, murahkan rezeki dan kebahagian sehingga akhir hayat dunia dn akhirat. Sayang mama dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment