:: LaguKu UntukMu ::

Thursday, July 23, 2009

Hinakah menjadi seorang surirumah?

Pertanyaan ini di utarakan oleh seorang sahabat saya. Beliau seorang surirumah sebaik sahaja mendirikan rumahtangga. Berhenti kerja di atas kehendak suami. Persoalan ini timbul apabila kawan kepada sahabat saya ini mengadu padanya yang dia tak nak di pandang serong sebagai seorang surirumah (note : kawan kepada sahabat saya juga surirumah). Saya katakan padanya, kenapa perlu rasa terhina sedangkan dia juga bekerja. Kerjanya menjaga kebajikan suami dan anaknya. Ianya adalah adalah satu pekerjaan yang mulia dan saya pasti ianya mendapat ganjaran besar daripada Allah. Bezanya ialah dia tak mendapat pendapatan tetapi kepuasan. Kepuasan yang pastinya akan membawa kepada kebahagian dunia dan akhirat.

Kawan sahabat saya ini juga merasakan dirinya tidak dapat membalas jasa ibubapanya yang mana saya rasakan pastinya dari segi kewangan. Membalas jasa ibubapa kita tak semestinya menghulurkan duit pada tiap2 bulan. Apa yang lebih penting adalah kasih sayang kita kepada mereka yang perlu di utamakan. Semakin meningkat usia kita, semakin banyak kasih sayang yang kita perlukan. Saya pasti anda sendiri boleh merasakannya. Pada saya kalau bagi duit jer tapi tak menjenguk atau menelefon ibubapa kita, ianya tak membalas jasa jugak. Lebih baik kalau kita rajin menjenguk mereka dan membantu sedaya upaya kita sekiranya mereka memerlukan bantuan. Ianya pasti lebih bermakna. Senyuman mereka adalah kebahagian kita. Ibubapa kita tak mengharapkan duit kita tapi kasih sayang dan perhatian yang mereka dambakan daripada kita. Menghulurkan duit itu adalah satu bonus untuk ibubapa kita.

Saya juga katakan pada sahabat saya, andai ditakdirkan saya berkahwin ngan seseorang yang mampu menyara kehidupan kami, saya juga akan menjadi surirumah. Saya mahukan yang terbaik untuk anak2 saya dan juga suami saya dan ianya memerlukan pengorbanan. Saya tidak mahu pengasuh menjadi ibu kedua mereka. Biarlah saya sahaja yang menjadi ibu mereka. Ada yang kata "rugilah belajar tinggi tapi jadi surirumah" Sebenarnya mereka silap. Apa yang saya pelajari masih boleh dipraktik dalam kehidupan berkeluarga. Lagipun masa belajar dulu kita bukan sahaja mempelajari mengenai pelajaran sahaja tetapi banyak lagi ilmu yang saya dapat sepanjang saya berada di universiti. Ianya pasti berguna satu hari nanti.

Kepada sahabat saya; JANGAN pernah rasa terhina menjadi suriumah. Cuba kita buat perbandingan dulu dan sekarang. Dulu pasti ramai wanita menjadi surirumah dan anak2 mereka berjaya menjadi manusia yang berguna. Situasi sekarang amat berbeza. Memang ramai juga anak2 yang berjaya tapi lagi ramai yang melepak kat shopping complex. Mana ibubapa mereka? Menjadi surirumah pastinya dapat memastikan aktiviti anak2. Saya tak kata semua tetapi kebanyakkannya itulah yang terjadi. Fikirlah untuk masa depan anak2 yang pastinya kita mahukan yang terbaik untuk mereka dan yang terbaik itu pasti akan diperolehi dari ibubapa mereka terutama ibu yang menjadi surirumah.

* just my 2 cent opinion

2 comments:

  1. zarin, kalau bertemu jodoh dengan orang yg mampu, akak rela menjadi surirumah...tak pernah terfikir plak "hinakah menjadi surirumah?"...belajar tinggi2 bukan semata utk mendapatkan pekerjaan yg baik & gaji yg lumayan...banyak lagi cara memanfaatkan ilmu yg diperolehi...

    ReplyDelete
  2. Saya juga surirumah beranak 5, sedang hamil anak ke 6. OK je... biarlah orang nak kata saya goyang kaki ke, makan duit laki ke.... bukan senang jadi surirumah.

    ReplyDelete