:: LaguKu UntukMu ::

Tuesday, June 23, 2009

Jadual Waktu

Semalam saya mengakses student portal untuk melihat jadual waktu master saya. Selama 3 semester, kelas saya hanya akan berakhir pada jam 6 ptg hari Sabtu. Saya amat berharap agar kelas saya pada semester ni akan berakhir lebih awal. Saya tinggal lagi dua subjek dan satu project. Semester ini saya akan ambil 2 subjek tersebut. Dengan hanya tinggal dua subjek, saya harap kelas akan diadakan pada jumaat petang dan sabtu pagi. Namun harapan hanya tinggal harapan kerana kedua-dua kelas saya akan diadakan pada hari Sabtu dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 3 petang. Memangla awal dari 3 semester lepas tapi saya nak lagi awal. Nampaknya nasib tak menyebelahi saya. Memang terasa sedih gak..gara -gara budak applied stat nak amik subjek input-ouput yang juga diajar oleh pensyarah yang akan mengajar saya subjek project analysis maka terpaksa bagi diorg jumaat malam. Walau apapun saya akan tetap mengharunginya untuk semester ini seperti semester yang lepas2. To Norzarina, GOOD LUCK in International Business & Project Analysis.

No comments:

Post a Comment