:: LaguKu UntukMu ::

Monday, September 28, 2009

Ayam Panggang

Raya ke 6 nak ubah selera, so me and my bro decide nak buat ayam panggang. Kebetulan ada pinjam buku Jamie Oliver from my Pak Ngah, so dalam tu ada resepi "Roast Chicken With Lemon and Rosemary Roast Potatoes" kitorng pun nak try ikut resepi ni. Dan ini adalah hasilnya:







Panggang untuk first round.....

Sebelum nak panggang for second round kita letak ayam tadi kat dalam tray, kentang dan bawang putih

Panggang kali kedua...


Dah siap...

Nyum..Nyumm.. dah tak sabar nak rasa...
Kalau tengok pada gambar dengan hasilnya yang kitorang dapat tak berapa nak sama sebab kitorang dah buat kulit ayam. Rasa rempah memang meresap kat dalam isi ayam. Kentang pun best dan bawang putih yang dah diroaster tu pun sangat sedap..lepas ni boley buat lagi. since abah dah beli oven baru , so along amik oven yang lama tu bawa gi Segamat yeak! Nanti nak buat kat Segamat plak...

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri

Bersempena bulan Syawal yang bakal tiba nanti, semua mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon kemaafan andai kata menguris hati , andai laku menyentuh perasaan. Saya hanya insan insan biasa yang tak bisa lari dari kesilapan. Moga ikatan persaudaraan akan diperkukuhkan dunia dan akhirat. Maaf Zahir dan Batin. Jemputla datang ke rumah saya....

Friday, September 11, 2009

Baju Raya

Akhirnya pagi tadi saya berjaya mendapatkan sehelai baju baru untuk raya tahun ni. Raya tahun ni memang takde perasaan langsung. Itu pun cari gak sebab my beloved housemate suruh gak cari baju. Last week ada la gak gi round2 kat PKNS shah alam (balik dari kelas sggh jap). Ada yang berkenan tapi takde saiz plak. Baju tadi pun sebenarnya takde saiz mengikut warna yang saya nak so terpaksala cari warna yang lain tapi design yang sama.Sehelai jer dah la yeak.. so skrg ni nak fikir tudung plak tapi saya rasa ada tudung saya yang sesuai ngan baju tu, so tak yah belila kot...

Perasaan II

My last post mention about this topic. Just would to express my feeling now. Baru saje tgk a few pic berbuka puasa my frens and of course i do not know about this berbuka puasa event. Nape diorang tak inform saya? Mungkin kerana saya jauh, yup i'm in Segamat and diorang kat KL, but for me that's not a reason. Dah sah-sah you all know where i am, why did do the event during the weekdays. Saya tak berkecil hati pun sekiranya mereka just bagi tau walaupun saya tak dapat dtg. For example my uni "klik" , they do msg me about the berbuka event and but the day they plan i've presentation for my master class the next day. At least I feel appreciated by inviting me....
Memang nampak macam kelakar jer kan?We have been frens for such a long time and wants it to be forever. But since i'm at Segamat(ye ke since i kat Segamat, cam rasa dah lama jer), if i'm not calling you all then we will not contacted at all. I just feel that, you know me and i know you and that's it. I don't want more just "Tanda Ingatan Mesra" jer. Sometime i just rasa, mesti tak seronok kawan ngan saya kan?that's why la kot diorang tak pernah ingat..
Kalau nak terasa hati tu, memang dah banyak kali terasa tapi buat tak tahu jer. And this time jer luahkan. itupun kat blog ni.dioang tahu ker?kalau diorang baca la....
well minta maaf zahir dan batin.....just expressing my feeling today...

Wednesday, September 9, 2009

Perasaan

Bagi saya, perasaan seseorang itu adalah sesuatu yang subjektif. Hanya diri sendiri sahaja yang mengerti apa yang dirasakan. Kadangkala perasaan boleh mendorong kita untuk memikirkan kepada sesuatu perkara. Perasaan boleh menjadikan kita gembira, sedih, sensitif dan pelbagai perasaan lagi yang kadangkala sukar ditafsirkan.Saya sendiri mengalami suatu perasaan yang kurang enak dan memikirkan suatu perkara yang tidak elok akan berlaku. Akhirnya apa yang saya fikirkan melalui apa yang saya rasakan menjadi kenyataan dan kenyataan itu adalah amat pahit untuk diterima lebih-lebih lagi ianya melibatkan orang yang kita sayang

Note ** Saya amat sensitif terhadap perlakuan seseorang itu terhadap saya, orang di sekeliling saya dan persekitaran saya. Ia menimbulkan satu perasaan di hati saya....

Sunday, September 6, 2009

Apa Kata Mereka?

Emran & Luqman

Ini adalah dua orang anak saudara saya yang sangatla comel. Sentiasa menjadi perhatian semua ahli keluarga dengan telatah-telatah mereka. Tengok sajala gambar di atas entah apa yang mereka perkatakan? ada sesapa nak teka? hehehe....

Majlis Berbuka Puasa

Memang menjadi kebiasaan keluarga saya akan berbuka puasa beramai-ramai. Bukanlah berbuka puasa di luar tapi berbuka samada di rumah Pak Long , Pak Ngah, Pak Usu ataupun di rumah Pak Lang yang merangkap Abah saya. Semalam bersamaan 15 Ramadhan, kami semua telah berbuka puasa di rumah Pak Ngah kami di Wangsa Maju.
Abah saya mempunyai 4 orang adik-beradik dan kesemuanya tinggal berdekatan. yang paling jauh pun Pak Ngahla. Saya sekeluarga tinggal di rumah atuk bersama atuk, Pak Long dan Pak Usu tinggal berdekatan rumah kami.
Makanan yang dihidangkan tak banyak. Kami berbuka dengan kurma dan samosa. Kemudian sembahyang berjemaah. Selepas itu barulah makan. Lauk yang ada masak lemak yang ada ikan baung ngan ikan kaloi, kentang goreng cili bersama ngan tempe dan ikan bilis, kerabu mangga(speciality Pak Ngah saya), masak taucu dan juga pegedil. Ikan baung tu Pak Ngah saya dapat semasa pergi memancing di Teluk Intan pada mingu lepas.
Minggu depan kami semua akan berbuka di rumah saya pada hari Sabtu dan pada hari Ahad pula di rumah Pak Usu saya. So tengah dok fikirla ni nak masak ape yeak??? Dah ada perancangan tapi tunggula yeak??
Keluarga Besar Saya:
Pak Long : Pak Long, Mak Long , Along Amy+Isni, Angah Aie+Ida+Eisya, Kak Ana+Abg Pajei+Luqman, Haziq
Pak Ngah : Pak Ngah, Mak Ngah, Along Nani+Abg Ja+Emran, Nina, Mira, Qilah
Pak Lang : Abah, Mama, Along Ina (Saya), Abang, Abul, Dekya
Pak Usu : Pak Usu, Mak Usu, Along Wani, Angah Syira, Fiqah, Syida, Sya
Lastly mestila ada ATUK....

Friday, September 4, 2009

Pensyarah Baru = ATA 17 jam sahaja.

Alhamdulillah..minggu ni masuk lagi 2 orang pensyarah baru untuk FSKM. Seorang pensyarah matematik dan seorang pensyarah statistik. Workload mengajar saya berkurangan kerana pensyarah baru telah mengambil satu kelas dari saya. Kelas D3B1 akan mendapat pensyarah baru pada minggu hadapan. Saya harap mereka akan lebih bersemangat lagi. Dengan itu ATA saya menjadi 17 jam sahaja. Walaupun dah tak dapat claim tapi mungkin rahmat bulan puasa maka saya dapatlah menyelesaikan kerja-kerja yang masih tertangguh terutama kerja master saya. Semester ini saya agak malas. Housemate saya pun kata begitu. Tidak seperti Zarin semester-semester yang lepas yang mampu bertahan membuat kerja-kerja sehingga 12 tgh mlm setiap hari. Saya berharap mulai minggu depan Zarin akan jadi rajin semula.