:: LaguKu UntukMu ::

Sunday, September 6, 2009

Majlis Berbuka Puasa

Memang menjadi kebiasaan keluarga saya akan berbuka puasa beramai-ramai. Bukanlah berbuka puasa di luar tapi berbuka samada di rumah Pak Long , Pak Ngah, Pak Usu ataupun di rumah Pak Lang yang merangkap Abah saya. Semalam bersamaan 15 Ramadhan, kami semua telah berbuka puasa di rumah Pak Ngah kami di Wangsa Maju.
Abah saya mempunyai 4 orang adik-beradik dan kesemuanya tinggal berdekatan. yang paling jauh pun Pak Ngahla. Saya sekeluarga tinggal di rumah atuk bersama atuk, Pak Long dan Pak Usu tinggal berdekatan rumah kami.
Makanan yang dihidangkan tak banyak. Kami berbuka dengan kurma dan samosa. Kemudian sembahyang berjemaah. Selepas itu barulah makan. Lauk yang ada masak lemak yang ada ikan baung ngan ikan kaloi, kentang goreng cili bersama ngan tempe dan ikan bilis, kerabu mangga(speciality Pak Ngah saya), masak taucu dan juga pegedil. Ikan baung tu Pak Ngah saya dapat semasa pergi memancing di Teluk Intan pada mingu lepas.
Minggu depan kami semua akan berbuka di rumah saya pada hari Sabtu dan pada hari Ahad pula di rumah Pak Usu saya. So tengah dok fikirla ni nak masak ape yeak??? Dah ada perancangan tapi tunggula yeak??
Keluarga Besar Saya:
Pak Long : Pak Long, Mak Long , Along Amy+Isni, Angah Aie+Ida+Eisya, Kak Ana+Abg Pajei+Luqman, Haziq
Pak Ngah : Pak Ngah, Mak Ngah, Along Nani+Abg Ja+Emran, Nina, Mira, Qilah
Pak Lang : Abah, Mama, Along Ina (Saya), Abang, Abul, Dekya
Pak Usu : Pak Usu, Mak Usu, Along Wani, Angah Syira, Fiqah, Syida, Sya
Lastly mestila ada ATUK....

1 comment: