:: LaguKu UntukMu ::

Monday, July 19, 2010

Saya Sihat...

Semasa cuti semester saya mengajat intersesi. Sejak dari intersesi sampaila sekarang, ramai yang menegur saya mengatakan saya nmpak penat, tak sihat dan bila buka sem baru ni terjumpa plak ngan bekas student n lagi ramai plak yang tegur perkara yang sama, siap ada yang jumpa saya terus tanya, "mengapa muka miss pucat?"

Ketara sangat ker melalui muka saya yang saya sakit? Sebenarnya saya tak sakit pun cuma start sem ni saya batuk2 jer. Sampai skrg batuk tak hilang. Tapi itu saya memang maklum yang kalau saya batuk mengambil masa yang lama untuk pulih. Selain itu , saya sihat2 jer.Mungkin kepenatan. Almaklumlah, saya langsung tak dapat bercuti yang betul2. Kalau cuti pun, mesti menguruskan hal2 peribadi.

Apapun, TERIMA KASIH buat rakan2 sekerja dan semua student2 saya kerana mengambil berat perihal saya. Insyallah saya sihat sahaja...

No comments:

Post a Comment