:: LaguKu UntukMu ::

Friday, June 26, 2009

Cuti

Next memang dah rancang nak cuti seminggu. Pagi ni bila saya check cuti untuk tengok samaada diluluskan atau tidak, jawapannya adalah TIDAK DILULUSKAN. waaaaaa...nape tak lulus? Ini semua kerana 2 Julai. Semalam baru dapat email dari penolong pendaftar HEA yang memaklumkan semua staff akademik WAJIB menghadiri mesyuarat akademik yang akan diadakan pada 2 Julai. Disebabkan mesyuarat tersebut, semua staff akademik yang mengambill cuti pada hari itu tidak diluluskan. Apa saya nak buat? terpaksa menghadiri mesyuarat tersebut. Cuti plak cam mana? Saya apply kembali cuti saya cuma 2 Julai saya terpaksala balik. Bercadang untuk balik hari jer pada hari tersebut. Saya tetap akan cuti dan 2 Julai saya tetap akan hadir. Nasib baik gak saya hanya plan untuk bercuti di rumah. Macam sorang kawan saya, dia akan bercuti di Sarawak dan dah pun membeli tiket penerbangan. Saya hanya bagitau dia mungkin perlu buat surat kepada TPHEA, memandangkan mesyuarat tersebut dimaklumkan pada saat akhir.

No comments:

Post a Comment