Melihat kepada tajuk di atas, itulah yang telah saya lalui semalam. 7 June 2009, ada dua "wedding invitation" from seratasian. Satu kat Kuala Kangsar (KK), Hafni & Hawa dan satu lagi kat Shah Alam (SA), Hairil a.k.a Abeng & Erma. Perjalanan kami (saya, Fizzone, Naim, Zaim & Izi) bermula dari Kota Damansara (KD). Berkumpul & park kete kat umah Naim. Menaiki kete Fizzone dan dipandu oleh Zaim. 2 jam je kami dah sampai ke rumah Hafni di KK. Maksima kelajuan yg dibawa adalah 160 km/h. mmg laju sbb kami mmg mengejar masa tapi tak sangka sampai selaju itu Zaim bawa. Apapun surat saman akan diforwardkan ke rumah Zaim nanti kata puan punya kete. Kehadiran kami seawal 11 pagi mmg la sgt awal sbb katering pun tak siap hidang lagi. Terpaksa la tunggu untuk menjamu selera. Dah datang sejauh ni takkan tak jumpa pengantin kan? So kami tggu gak pengantin dtg (pengantin make up kat ipoh) tapi tak jumpa kat umahla sebaliknya jumpa kat balai raya yang merangkap pejabat penghulu. Kami tergelak sbb bapa pengantin ni dulu semasa kami masih bersekolah adalah penghulu mukim tempat kami belajar.. tak sangka plak nak jumpa pengantin semalam jumpa depan pejabat penghulu..hehe kebetulan. sebaik je sesi bergambar kami meneruskan perjalanan ke Ipoh sbb Zaim telah diamanahkan oleh Mak dia untuk sggh di satu lagi kenduri. Mak Zaim tak dapat hadir so Zaim jadi wakil. Kami tak makan hanya Zaim yang makan. Sementara tggu Zaim kami yang lain solat dulu. Kebetulan plak kenduri tu kat Sek Men Teknik yang mana makcik saya dulu adalah warden di sekolah itu. So tak susahla nak cari tempat. Kami hanya bergerak kuar dari Ipoh pada pukul 2.15 ptg dan seperti mana pegi, sebegitu jugakla balik, Zaim memecut dengan lajunya. Kami sggh di Ulu Bernam nak isi minyak yang hanya tggl dua bar jer. Tapi disbbkan byk kete, Zaim kata tak payah isi dan dia rasa cukup jer untuk sampai ke SA. Unfortunately, sebaik jer bergerak kuar dari R&R, dua bar tadi menjadi satu dan terus berkelip2. Semua orang panik..aaa''aaahhh masing2 taknak tolak kete kalau minyak habis. Kitorg kuar on the next exit kat BUKIT TAGAR dan tanya pada "tol gate girl" the nearest petrol station. Adik tu cakap "kata sini takde petrol station abang". Kat Bukit Tagar tu yg kami nampak hanyala lori sampah yang banyak. hahahaa.....kami kuar balik dan akhirnya dapat isi minyak kat exit seterunya Bukit Beruntung. Meneruskan perjalanan dan hanya sampai ke kenduri Abeng di SA pada pukul 4. Sesampai jer kat situ kami terus berjumpa dengan pengantin and suddenly saya ternampak satu keluarga yang saya kenali...ehh''Kak Yah, En Mail and family"Kak Yah adalah Timbalan Bendahari di UiTM Segamat dan En Mail adalah pensyarah. Rupa-rupanya Kak Yah adalah makcik saudara abeng. Ayah Abeng adalah abang Kak Yah (kalau tak salah dgr). Kenapa sebelum ni saya tak tau, sbb abeng masih igtkan saya di UiTM Jengka. dia lupa yang saya dah tukar ke UiTM Segamat. so dia tak citela. Tulah kadang2 datang ke kenduri ni ada baiknya. Semasa kami sampai ke rumah Abeng, sedia menanti kami adalah Meor, Loped, Jamie, Azmi dan Chemor. Journey saya dan juga Zaim tidak tamat di situ, kami masih meneruskan perjalanan ke Segamat kerana kami berdua bekerja di Segamat. Dia kat Petronas and saya di UiTM. Kali ini naik kete masing2. saya terus balik tapi Zaim balik ke rumah dia dulu di SA. Saya selamat sampai di rumah saya kat Batu Anam tepat pada pukul 7.50 malam. Walaupun perjalanan yang jauh namun ia tetap menjadi kenangan yang terindah buat kami semua. Ianya pasti di kenang terutama peristiwa mencari petrol station. Having a nice day wif all of you.. Love u all so much...can't wait for the next trip...
Monday, June 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment