:: LaguKu UntukMu ::

Friday, March 5, 2010

Kena Rompak!

Minggu lepas, di saat seluruh umat islam sibuk menyambut Maulidur Rasul, saya dikejutkan oleh panggilan dari kg mama. Makcik saya yang saya panggil Mak Yang dimasukkan ke hospital. Kenapa? Dia pengsan beberapa kali kerana trauma. Pada pagi itu, rumahnya dimasuki perompak.

Selalunya saya mendengar cerita di berita, tapi kali ini ianya terjadi pada makcik saya sekeluarga. 4 orang perompak telah memasuki rumah mereka yang pada malam itu ada makcik, pakcik dan dua orang anak lelaki mereka.. Menurut pakcik saya, perompak itu menggunakan senjata parang panjang. Parang itu berkilat tajam dan kalau sekali libas pasti boleh putus tangan. Pakcik dan sepupu saya masih merasakan lagi parang yang diletakkan di leher mereka. Memang kalau gerak jer kata mereka, akan lukalah leher mereka.


Perompak tu masuk ikut tingkap. Mereka memotong grill tingkap dengan sangat kemas. Saya pasti pemotong yang mereka guna mesti lah pemotong grill di tapak pembinaan dan sememangnya mereka biasa melakukan kerja2 tersebut. Perompak hanya berjaya mendapat RM 6 ribu berserta 6 biji handphone dan sedikit barang kemas. Pada mulanya mereka hanya dapat RM 1 ribu dan barang kemas sahaja. Mereka tak puas hati sebab sikit sangat. Siap ugut nak bakar rumah lagi kalau tak bagi lagi barang kemas. Masalahnya makcik saya (semua family saya) bukanlah jenis orang yang suka memakai barang kemas. Apa yang ada di badan itu jelah yang kami ada. Antara barang kemas yang mereka dapat adalah gelang pusaka. Nak buat cam mana dah rezeki mereka. RM 5 ribu hanya mereka dapat pada saat mereka hendak kuar dari umah. Duit itu adalah duit adik sepupu saya yang akan digunakan pada esoknya untuk membeli topup sebab dia meniaga jual top up. duit itu di letakkan di ruang tamu tersorok di balik kerusi. Ntah cam mana mereka ternampak dan terus mencapainya. Dah rezeki mereka jugak.Sian kat adik sepupu saya. Orang kata memang bukan rezeki sebab selalunya dia tido di rumah satu lagi berdekatan dengan kedai dia tapi malam tu dia balik umah makcik pakcik saya pulak.

Saya berharap moga perompak itu dapat ditangkap. Pada malam itu bukan umah makcik saya jer tapi ada 3 buah umah lagi turut dirompak. maknanya mereka ni ada 2 atau 3 kumpulan bergerak serentak..


No comments:

Post a Comment