:: LaguKu UntukMu ::

Sunday, April 18, 2010

Dalam Hati Ada Cinta

Dalam hati ada cinta tu adalah salah satu drama bersiri yang saya suka tengok satu masa dulu di astro ria. Pasti ramai yang tahu drama ni kan! Hasil lakonan Datin Paduka Umie Aida dan Ako Mustapa. Sebuah drama yang meresap ke dalam jiwa saya. Kasih, sayang dan pengorbanan cinta seorang kekasih kepada kekasih.

Saya sukakan watak Ako dalam drama ini (hopefully my kekasih hati will be like "him" tak banyak, skit pun takpe). Seorang lelaki yang terlalu mencintai kekasihnya. Kasih sayang yang ditunjukkan dapat dirasai oleh saya (padahal Umie Aida yang berlakon, tapi nape saya plak yang rasa??). Cuma saya tak suka bila Ako mengikut sahaja permintaan Umie Aida untuk berkahwin dengan kakaknya. Ako sepatutnya memperjuangkan cinta mereka. Tapi itulah dah cite dia cam tu kan, kalau tak, tak jadi cite.

Andai kata saya berada di tempat Umie Aida, mampukah saya membuat pengorbanan seperti itu? Antara kakak dan kekasih, yang kedua-duanya disayangi dan dicintai sepenuh hati yang mana akan saya korbankan? Saya sendiri tiada jawapan. Walaubagaimanapun perkara tersebut mampu dielak. Saya akan beritahu kakak saya siapa kekasih hati, takkan menyorokkan perhubungan cinta yang terjalin terlalu lama. Ramai yang suka sorokkan tapi bagi saya kalau ada yang dah berkenan baik beritahu terutaman kepada mereka yang hampir ngan kita. Walau pun blum tentu dia menjadi suami, tapi sekurang2nya orang lain tahu dia adalah kekasih saya. so jangan kacau yeak!!! By the way, saya takde kakak dan adik saya plak jauh beza umur ngan saya, so saya rasa perkara tersebut mungkin tak terjadi dalam hidup saya but it may happen in other version, who know rite?

Sekadar perkongsian rasa hati saya sahaja. Dalam hati memang ada cinta....

2 comments:

  1. ahaha...
    entry kali ni cite pasal cinta pulak..
    heh..
    i know it zareen..
    ati ko mmg tgh berbunga2 skang ni..
    btw..take care tau dear :)
    aku doakan ko hepi2 selalu..

    ReplyDelete
  2. Ye ker? Entahla..ko tahu kan masalah aku ape? so cam nak over tu takutla.kemudianla story...

    ReplyDelete