:: LaguKu UntukMu ::

Monday, June 7, 2010

Bersepah

Sebaik saya membuka pintu pejabat pada hari ini, saya amat terkejut sekali melihat keadaan pejabat yang bersepah. Saat itu saya rasa sangat marah, geram melihatnya. Sebelum meninggalkan pejabat pada Jumaat lepas, keadaan tidaklah seperti ini. Mood saya untuk bekerja hari ini hilang terus. Dahlah baru sampai dari KL, penat memandu lagi, mana tak sakit hati melihat keadaan bilik yang bersepah. Memang tidak dijangkakan.

Memang dimaklumkan yang akan ada kerja2 pembaikan dan pemasangan aircond baru, tapi saya tak sangka la plak sampai cam ni sekali. Meja telah bertukar tempat dan semua barang2 officemate saya bersepah. Sebenarnya, yang bersepah kat bahagian officemate saya, tempat saya langsung tak kena tapi dah kongsi satu pejabat, so saya rasa agak terganggu la gak.

Perkara ini mungkin tak membangkit kemarahan saya sekiranya pihak pekerja yang terlibat memaklumkan kepada kami bahagian mana yang mereka nak perbaiki. Saya dan officemate sendiri boleh menyusun bagi memudahkan keje mereka. Takla baru hari pertama masuk keje dah spoiltkan mood bekerja saya.

Aircond baru yang mereka pasang adalah di tengah siling pejabat saya. Mereka juga memasang satu saluran wayar di tepi tingkap pejabat saya, yang mana menyebabkan separuh langsir telah terjatuh kerana keuzuran "sliding" langsir tersebut. Dengan pemasangan saluran tersebut menyebabkan satu meja tak dapat dimasukkan seperti asalnya. So ada kemungkinan pejabat saya perlu di susun atur semula. Apapun kena tunggu officemate saya balik bercuti dulu. Dah la dia cuti sampai Isnin depan...

No comments:

Post a Comment