:: LaguKu UntukMu ::

Friday, June 11, 2010

Result Exam

10 June 2010, result exam Uitm kuar. Pastinya laman sesawang tersebut dilanda kesibukan yang amat sangat. Saya sendiri sudah pun mengetahui result exam saya. Alhamdulillah...saya terima seadanya. Berpadanan la ngan usaha saya bagi menyiapkan projek akhir tersebut. Syukur juga sebab saya akhirnya berstatus TAMAT dengan cgpa yang saya rasa agak baik. Yela saya kan buat part time jer, so tak sangka mampu capai cgpa setinggi itu. So sapa kata buat part time tak ley dapat good result. Yang penting usaha untuk mencapainya. Jangan sambil lewa dan perlukan komitmen dan kesabaran yang sangat tinggi. Tambahan plak saya berulang-alik dari Segamat - Shah Alam setiap minggu sepanjang minggu kuliah untuk menghadiri kuliah. Belum kira lagi dengan bebanan tugas saya sebagai seorang pensyarah yang hampir setiap sem mendapat ATA melebihi 18 jam. Saya dapat menghabiskan Master saya mengikut perancangan iaitu dalam masa 2.5 tahun. Betulla kata pepatah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" Insyallah, Allah sentiasa akan membantu kita sekiranya kita ikhlas melakukannya..

2 comments: