:: LaguKu UntukMu ::

Thursday, April 15, 2010

Manja dan Caring...

Sifat manja dan caring begitu dekat di hati insan bernama wanita. Tidak kira berapa usianya, wanita suka dimanjakan. Perhatian atau caring dari orang yang disayangi menjadikan hidup wanita itu lebih bermakna. Namun begitu, kadangkala sifat ini menjadi punca kepada keretakan sebuah perhubungan.


Wanita harus sedar, tak semua lelaki suka sifat manja dan caring ni. Oleh itu fahami lelaki yang anda sayangi. Dari pemerhatian saya, ada lelaki yang memang suka dua sifat ni dan lelaki jenis ini kebanyakkan kuat cemburu. Bagi lelaki yang tak berapa suka dua sifat ini, mereka adalah lelaki yang sukakan kebebasan, mereka suka wanita itu berdikari sendiri tanpa terlalu mengharapkan mereka.

Itu hanya teori saya saje. Mungkin betul mungkin salah. Apa yang penting wanita harus pandai menggunakan kedua-dua sifat ini. Jangan terlalu berlebihan dan janganla tiada plak. Kalau tak bermanja2 tak best la plak. Perhatian yang diberikan membuat wanita merasakan diri mereka dihargai.

Buat lelaki, peka terhadap wanita yang anda sayangi. Berikanlah perhatian dan kemanjaan kepada mereka biar pun hanya sedikit cuma. Perhubungan anda pasti lebih bermakna.


***Wah cam Dr Love plak.Sendiri pun belum merasa cinta. hehehe...

Wednesday, April 7, 2010

Happy Birthday to me!!

Sebenarnya dah happy belated birthday..anyway thanks for all the wishes i received. Really appreciated it. My family : mama, abah, abang, abul, dekya, kak ngah, ibu n kak ana. My frens : fizzone, naim, nadia n others kat facebook, my students...terima kasih atas ucapan2 anda semua. Special thanks to Kak Shidah for the gift and treat. Terima 2 days before my birthday lagi. suka sgt hadiah tu. ley pakai gi dating..hehehe. and to mama, thanks also for the present.

** i share the same birthdate with patty (ex seratasian) and daughter of my officemate, Eisya..happy birthday girls!!

Friday, March 5, 2010

Kena Rompak!

Minggu lepas, di saat seluruh umat islam sibuk menyambut Maulidur Rasul, saya dikejutkan oleh panggilan dari kg mama. Makcik saya yang saya panggil Mak Yang dimasukkan ke hospital. Kenapa? Dia pengsan beberapa kali kerana trauma. Pada pagi itu, rumahnya dimasuki perompak.

Selalunya saya mendengar cerita di berita, tapi kali ini ianya terjadi pada makcik saya sekeluarga. 4 orang perompak telah memasuki rumah mereka yang pada malam itu ada makcik, pakcik dan dua orang anak lelaki mereka.. Menurut pakcik saya, perompak itu menggunakan senjata parang panjang. Parang itu berkilat tajam dan kalau sekali libas pasti boleh putus tangan. Pakcik dan sepupu saya masih merasakan lagi parang yang diletakkan di leher mereka. Memang kalau gerak jer kata mereka, akan lukalah leher mereka.


Perompak tu masuk ikut tingkap. Mereka memotong grill tingkap dengan sangat kemas. Saya pasti pemotong yang mereka guna mesti lah pemotong grill di tapak pembinaan dan sememangnya mereka biasa melakukan kerja2 tersebut. Perompak hanya berjaya mendapat RM 6 ribu berserta 6 biji handphone dan sedikit barang kemas. Pada mulanya mereka hanya dapat RM 1 ribu dan barang kemas sahaja. Mereka tak puas hati sebab sikit sangat. Siap ugut nak bakar rumah lagi kalau tak bagi lagi barang kemas. Masalahnya makcik saya (semua family saya) bukanlah jenis orang yang suka memakai barang kemas. Apa yang ada di badan itu jelah yang kami ada. Antara barang kemas yang mereka dapat adalah gelang pusaka. Nak buat cam mana dah rezeki mereka. RM 5 ribu hanya mereka dapat pada saat mereka hendak kuar dari umah. Duit itu adalah duit adik sepupu saya yang akan digunakan pada esoknya untuk membeli topup sebab dia meniaga jual top up. duit itu di letakkan di ruang tamu tersorok di balik kerusi. Ntah cam mana mereka ternampak dan terus mencapainya. Dah rezeki mereka jugak.Sian kat adik sepupu saya. Orang kata memang bukan rezeki sebab selalunya dia tido di rumah satu lagi berdekatan dengan kedai dia tapi malam tu dia balik umah makcik pakcik saya pulak.

Saya berharap moga perompak itu dapat ditangkap. Pada malam itu bukan umah makcik saya jer tapi ada 3 buah umah lagi turut dirompak. maknanya mereka ni ada 2 atau 3 kumpulan bergerak serentak..


Syafia Humairah - Al Fatihah

Minggu ni memang heboh pasal kes penderaan arwah adik Syafia Humairah. Sangat kasihan pada arwah. Orang lain sibuk nak anak, yang ni dah ada anak dok gi dera plak. Kenapa semua ini terjadi? Bagi saya pegangan agama yang tak kuat dan didikan keluarga mempengaruhi sikap seseorang apabila mereka dewasa.
Saya mendapat satu email yang menyeru semua supaya ibu kepada arwah Syafia Humairah turut dijatuhkan hukuman. Bagi saya memang patut pun. Kenapa plak dia dilepaskan sedangkan dia adalah orang paling rapat dengan arwah dan sebagai pelindung. Takkan dia tak perasan yang anak dia didera. Ibu jenis apakah dia yang sanggup melihat anak sendiri dalam kesakitan. Dia patut menerima hukuman yang sama mungkin lebih daripada boyfren dia. Di bawah saya letakkan email saya terima tu..
MEREKA2 INI YG SANGGUP MEMBUNUH ANAK SENDIRI, BOLEH KAH DI KETOGERIKAN SEBAGAI KELUARGA???????

Jangan Sesekali Lepaskan Perempuan Sial Itu!
Oleh Lebah Kota
Selalunya penulis menulis agar Saiful Bukhari Azlan diberikan peluanguntuk menuntut keadilan bagi dirinya yang mendakwa diliwat oleh KetuaPembangkang negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kali ini, penulis mahu menulis mengenai nasib malang Syafia HumairahSahari, anak kecil berusia 3 tahun mati dibelasah manusia sial diKampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, beberapa hari lalu.Setakat ini, ramai yang tahu bahawa lahanat yang membunuh anak kecil ituadalah seorang pemandu teksi yang juga teman lelaki ibu kanak-kanakberkenaan.Dikenali dengan nama Abang Mat di kampungnya dan dikatakan kononnyaseorang yang panas baran.Tahukah bagaimana dia membunuh kanak-kanak itu?Dengan memijak perutnya sambil memakai but bolasepak... .Sebelum itu dia menyuruh budak itu mengambil bola dan bila budak itupeluk bola berkenaan, dia sepak bola itu sekali dengan anak kecil itu.Kemudian diangkat anak malang itu dengan sebelah tangan dan dicampak keatas padang.Paling menyayat hati...anak itu tidak menangis pun ketika diperlakuandemikian.... mungkin sejak kecil dia didera seperti haiwan hingga akaldan mentalnya sudah rosak walaupun baru berusia 3 tahun.Sudah dibunuh, ditinggalkan di hospital macam bangkai binatang.Demi Allah...Lebah Kota yang juga seorang bapa menahan air mata semasamenulis bagaimana babi itu membunuh kanak-kanak berkenaan.Doa penulis biarlah dia mati di tali gantung.Namun, di sini, penulis juga hendak menulis dan menggesa jika adapegawai polis berpangkat tinggi yang membaca tulisan ini....tolongjangan bersimpati dan melepaskan ibu kanak-kanak malang itu.Ini kerana, menurut banyak saksi, ibunya juga terbabit mendera anakberkenaan selama ini.Cuma ketika kejadian di mana pukulan yang membawa maut itu berlakusahaja kebetulan ibunya tidak hadir.Tetapi selama ini jalang berkenaan dan teman lelakinya bersama-samamendera Syafia Humairah.Kalau kita mahukan keadilan untuk anak kecil itu, kita semua harusbersatu dan menyeru agar wanita sial itu juga dikenakan tindakan.Ingin tahu serba sedikit latar belakang perempuan sial terbabit?Suaminya bekas polis berpangkat Sarjan yang ditahan di penjara keranakesalahan membunuh. Dia tidak pernah diceraikan oleh suaminya itu.Jadi secara teknikal, dia masih isteri orang.Nyata dia curang bersama pemandu teksi itu, dasar perempuan lowclass...apakah Jabatan Agama Islam Selangor hanya akan membutakan matadalam hal ini?Wanita itu sudah memiliki seorang anak luar nikah berusia setahun 6bulan bersama pemandu teksi berkenaan.Dan ingin tahu lagi....seorang lagi anak luar nikah sedang membesardalam perutnya dan akan lahir ke dunia dalam masa beberapa bulan lagi.Dalam hal anak luar nikah ini, Lebah Kota tidak ada marah atau bencikepada mereka. Walaupun status anak luar nikah...tetapi bukan salahmereka dilahirkan ke dunia ini.Salahnya adalah ibu sial dan teman lelaki babinya itu.Lebah Kota tidak nampak sebab mengapa wanita itu tidak ditahan sehinggakini dan didakwa?Pandai dia berlakon pengsan bila mendapat tahu anaknya itumati....pastinya pengsan bukan kerana sayang, tetapi kerana takutmengelupur dengan tindakan polis menyiasat kes berkenaan.Pandai dia berlakon mengalirkan air mata di tanah perkuburan.Tengok dalam Buletin Utama, memang nyata sekali ibu sial itu berlakonketika berada di rumah mayat dan tanah perkuburan.Mengapa dalam hal-hal begini kerap kali ibu kanak-kanak yang didederaakan menjadi yang pertama sekali dilepaskan?Bukankah mereka ini selalunya tahu anak mereka didera tetapi hanyamendiamkan sahaja. Batang balak mereka lebih berharga daripada nyawaanak sendiri agaknya!Malang sungguh nasib Syafia Humairah kerana dilahirkan dalam keluarga dimana bapa kandung mereput dalam penjara, ibu bersekedudukan denganpemandu teksi yang merasa dirinya macho dengan membelasah kanak-kanakyang tidak berdaya melawan balik....Apa punya keluarga ini? Apa yang mak bapak perempuan sial itu buatapabila tahu cucu mereka sedang didera selama ini?Mak bapak macam mana yang bagi anak perempuan menyundal sampai ada anakharam dan satu kampung tahu?Mak bapak jenis ini tak guna dan sepatutnya dah lama bunuh diri denganterjun bangunan atau minum racun.Kalau perkara seperti ini berlaku dalam masyarakat India....laju sahajakita akan beri label pariah....berlaku dalam masyarakat Melayu Islam nakkata apa pulak....pariah Melayu?Semua orang ada dosa dalam kematian anak kecil itu.Baik ibu bapa wanita berkenaan, masyarakat sekeliling, kerajaan dansebagainya.. .Penulis dan anda yang membaca pun berdosa dalam hal ini....jika kitamembiarkan ibu kanak-kanak itu yang secara tidak langsung bersubahatdalam kejadian berkenaan terlepas daripada dosanya yang tidak terampunitu.Kalau anda seorang penulis blog, buatlah jasa dengan menulis entri yangmendesak agar wanita lahanat itu pun diambil setegas-tegas tindakan.Mungkin ia akan berjaya.Kalau tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.... kalau ibunya tidakmenyumbang mungkin kejadian seperti itu dapat dielakkan.Keadilan untuk sekujur tubuh kecil yang dikebumikan semalam perlu kitaperjuang dan ketengahkan juga.
***Beberapa jam selepas penulis habis menulis rencana ini, seorang rakanmemberitahu perempuan sial itu kemungkinan besar akan ditahan polis pagi ini (Ahad - 28 Feb).

Sunday, February 7, 2010

Presentation Proposal

It has been a month since my last entry. Busy with the new semester and busy with my final project. Next week will be the proposal presentation for my final project. Under the supervision of Prof Dr Mohd Shahar, the project that i will proposed is the Regional Input-Output Analysis: A case study of selected manufacturing sub-sector in Johor state. The panel for my presentation are PM Hasni and Dr Siti Mariam, if i'm not overlookla. Knowing PM Hasni since she had taught me when i took my degree while Dr Siti Mariam is a new lecturer. That what PM Paezah (KP CS 771) told me last Friday. I feel nervous about the presentation. I hope that everything will be okay and i could defend my project this Thursday. GOOD LUCK TO ME!

Tuesday, January 5, 2010

Tahun baru & Sem baru

Permulaan tahun baru saya dimulakan dengan sem baru. Saya mendapat subjek baru dan pelajar baru sudah semestinya. Satu subjek tu takla baru sgt bagi saya tapi dah lama di tinggalkan dan satu lagi sememang subjek baru, bukan saja bagi saya tapi juga pertama kali di offer di sini. Subjek baru ini juga pernah saya belajar semasa saya diploma, tapi dah lama dah, tak salah tahun 2001. Sejak dari cuti semester lagi saya cuba mendapat material dari pensyarah di shah alam namun ianya agak menghampakan. Nak dapatkan skema jawapan untuk soalan final pun susah. Akhirnya semalam meminta pertolongan KP untuk mendapatkan dari melaka pulak. hopefully bley dapat. saya amat memerlukan skema jawapan tersebut sebagai panduan untuk saya mengajar. saya pasti pensyarah-pensyarah yang lain juga begitu. bila mendapat subjek baru. Bila mengenangkan situasi yang saya hadapi, saya terfikir masih ada lagi pensyarah yang kedekut untuk berkongsi bahan pengajaran. kenapa saya katakan kedekut sebab bermacam2 alasan diberikan bila saya minta untuk berkongsi maklumat. Bagi saya kalau ikhlas membantu pasti semuanya boleh...betul tak?pulak tu bukan saya minta on the spot. saya menelefon untuk set appointment ngan dia tapi bila dah byk sgt alasan dlm hati saya kata sah budak ni taknak bagi ( budak sbb dia adalah junior ms sy belajar dn dia baru satu sem mengajar). Ermm takpela dia tak nak bagi kan nak buat cm mana... harapan saya moga saya dapat mengajat subjek tersebut dengan baik. wish me luck..

Tahun Baru 2010!

Selamat Tahun Baru ! Walaupun terlewat sedikit namun masih lagi dalam suasana tahun baru. Tahun baru bermakna akan bertambahlah lagi usia kita. Tahun baru juga ada azam baru. Tapi seingat saya, saya tak meletakkan sebarang azam pun untuk setiap tahun. Apa yang saya mahu ialah setiap hari akan lebih baik dari semalam. Setiap hari pun kita perlu berazam untuk memperbaiki diri kita dan menambah amalan kita sebagai hamba-Nya. Orang kata buang yang keruh ambil yang jernih. Apa yang tak elok terjadi pada kita semalam, jadikan ia sebagai pengajaran dan menambahbaik pada hari ini. Semoga hari ini akan menceriakan kehidupan kita dan seterusnya mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah. Permulaan yang baik pada hari ini, akan membawa kepada yang lebih baik hingga ke akhir tahun. Insyallah....