:: LaguKu UntukMu ::

Monday, July 19, 2010

Saya Sihat...

Semasa cuti semester saya mengajat intersesi. Sejak dari intersesi sampaila sekarang, ramai yang menegur saya mengatakan saya nmpak penat, tak sihat dan bila buka sem baru ni terjumpa plak ngan bekas student n lagi ramai plak yang tegur perkara yang sama, siap ada yang jumpa saya terus tanya, "mengapa muka miss pucat?"

Ketara sangat ker melalui muka saya yang saya sakit? Sebenarnya saya tak sakit pun cuma start sem ni saya batuk2 jer. Sampai skrg batuk tak hilang. Tapi itu saya memang maklum yang kalau saya batuk mengambil masa yang lama untuk pulih. Selain itu , saya sihat2 jer.Mungkin kepenatan. Almaklumlah, saya langsung tak dapat bercuti yang betul2. Kalau cuti pun, mesti menguruskan hal2 peribadi.

Apapun, TERIMA KASIH buat rakan2 sekerja dan semua student2 saya kerana mengambil berat perihal saya. Insyallah saya sihat sahaja...

Monday, July 12, 2010

My New Aircond

Dalam entri saya sebelum ini, saya ada menyatakan betapa saya tidak puas hati dengan kontraktor yang menukar aircond. Selama hampir sebulan bilik saya tanpa aircond. Kemudiannya di ganggu dengan pekerja2 yang memasang wiring dan sebagainya, akhirnya pada tanggal 7 Julai barulah aircond bilik saya dapat berfungsi dan barulah saya dapat masuk ke office dengan selesa. Itupun saya terpaksa berkemas dulu memandangkan terlalu banyak pasir sewaktu mereka menjalankan kerja2 penukaran aircond. Pada kawan2 floor lain selamat mengharungi perkara yang sama...

Perpisahan

Perpisahan adalah satu perkara yang pasti akan terkadi dalam hidup kita. Perpisahan samaada untuk sementara atau selamanya. Perpisahan yang akan bertemu kembali atau tidak sama sekali. Walau apa pun jenis perpisahan itu, ianya tetap perpisahan yang menyedihkan.

Perpisahan yang terjadi adalah ketentuan Allah yang harus kita terima dengan redha. Mungkin pada awalnya ia pahit, tapi pasti akan ada manisnya nanti. Janganlah kita terlalu menangisi perpisahan yang terjadi. Renungkanlah mengapa ianya terjadi. Pasti ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan pada kita.

Renungilah, Fahamilah & Terimalah Setiap Perpisahan Itu.Moga ada pertemuan lain yang menanti di hujung sana.

Tuesday, July 6, 2010

My New Home

Alhamdulillah, Khamis lepas saya dah selamat pindah ke rumah baru di KOLEJ BAIDURI. Saya sekarang adalah salah seorang Pegawai Pembangunan Pelajar atau nama glamournya RS. Moga2 saya dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan baik.

Setakat hari ini, saya tak habis berkemas pun lagi. Saya tak sempat kemas lagi sebab minggu ini kuliah pun dah bermula. Barang2 kat dalam kotak, saya tak sentuh langsung pun lagi. Weekend ini insyallah saya akan settlekan. Bila dah jadi RS ini, saya tak bley lagi balik KL setiap minggu. Langkah2 penjimatan gak tu..hehehe....

Saya tinggal berseorangan di rumah baru ini. Nak kata sunyi, takla jugak sebab masih kedengaran lagi suara2 pelajar kat blok sebelah sebagai peneman. Saya happy dengan kehidupan baru dan harap ianya akan terus berkekalan.

Wednesday, June 16, 2010

Hati

Apa ada dalam hati? Ermm kalau jawapan loyar buruknya tentulah ramai yang akan jawap ada darah. Betul la tu kot. Saya sendiri tak tahu. Tapi bukan itu maksud sebenar saya. Ianya lebih kepada perasaan.

Ramai yang cakap, " ikutla kata hati " atau " dalam hati tiada siapa yang tahu " dan macam-macam lagi ungkapan yang boleh dikaitkan dengan hati. Apapun ungkapannya, hanya empunya badan yang dapat merasakannya.

Namun kadang-kadang, diri sendiri tak dapat mentafsir maksud kata hati. Itu yang jadi tak tetap hati. Saya sendiri pun kadang-kadang menghadapi masalah sebegitu, terutamanya bila bershopping. Sekejap nak beli itu, sekejap nak beli ini. Akhirnya saya tak beli pun.

Dalam perhubungan pun kadang-kadang ada perasaan sebegitu. Kadang-kadang kita sayang sangat. Kadang-kadang plak rasa betul ker kita sayang kat dia? Perasaan yang mungkin ramai di antara kita pernah rasa. Walau apa pun rasa hati, kita masih perlu berfikir secara rasional. Tafsirkan perasaan hati dan berfikir plak buruk baiknya setiap tindakan yang kita akan ambil dan ianya perlulah juga disusuli doa agar rasa hati kita adalah keputusan terbaik yang kita buat.Hanya kita sendiri yang mampu buat keputusan yang terbaik untuk diri kita.

Friday, June 11, 2010

Result Exam

10 June 2010, result exam Uitm kuar. Pastinya laman sesawang tersebut dilanda kesibukan yang amat sangat. Saya sendiri sudah pun mengetahui result exam saya. Alhamdulillah...saya terima seadanya. Berpadanan la ngan usaha saya bagi menyiapkan projek akhir tersebut. Syukur juga sebab saya akhirnya berstatus TAMAT dengan cgpa yang saya rasa agak baik. Yela saya kan buat part time jer, so tak sangka mampu capai cgpa setinggi itu. So sapa kata buat part time tak ley dapat good result. Yang penting usaha untuk mencapainya. Jangan sambil lewa dan perlukan komitmen dan kesabaran yang sangat tinggi. Tambahan plak saya berulang-alik dari Segamat - Shah Alam setiap minggu sepanjang minggu kuliah untuk menghadiri kuliah. Belum kira lagi dengan bebanan tugas saya sebagai seorang pensyarah yang hampir setiap sem mendapat ATA melebihi 18 jam. Saya dapat menghabiskan Master saya mengikut perancangan iaitu dalam masa 2.5 tahun. Betulla kata pepatah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" Insyallah, Allah sentiasa akan membantu kita sekiranya kita ikhlas melakukannya..

Monday, June 7, 2010

Bersepah

Sebaik saya membuka pintu pejabat pada hari ini, saya amat terkejut sekali melihat keadaan pejabat yang bersepah. Saat itu saya rasa sangat marah, geram melihatnya. Sebelum meninggalkan pejabat pada Jumaat lepas, keadaan tidaklah seperti ini. Mood saya untuk bekerja hari ini hilang terus. Dahlah baru sampai dari KL, penat memandu lagi, mana tak sakit hati melihat keadaan bilik yang bersepah. Memang tidak dijangkakan.

Memang dimaklumkan yang akan ada kerja2 pembaikan dan pemasangan aircond baru, tapi saya tak sangka la plak sampai cam ni sekali. Meja telah bertukar tempat dan semua barang2 officemate saya bersepah. Sebenarnya, yang bersepah kat bahagian officemate saya, tempat saya langsung tak kena tapi dah kongsi satu pejabat, so saya rasa agak terganggu la gak.

Perkara ini mungkin tak membangkit kemarahan saya sekiranya pihak pekerja yang terlibat memaklumkan kepada kami bahagian mana yang mereka nak perbaiki. Saya dan officemate sendiri boleh menyusun bagi memudahkan keje mereka. Takla baru hari pertama masuk keje dah spoiltkan mood bekerja saya.

Aircond baru yang mereka pasang adalah di tengah siling pejabat saya. Mereka juga memasang satu saluran wayar di tepi tingkap pejabat saya, yang mana menyebabkan separuh langsir telah terjatuh kerana keuzuran "sliding" langsir tersebut. Dengan pemasangan saluran tersebut menyebabkan satu meja tak dapat dimasukkan seperti asalnya. So ada kemungkinan pejabat saya perlu di susun atur semula. Apapun kena tunggu officemate saya balik bercuti dulu. Dah la dia cuti sampai Isnin depan...