Alhamdulillah..minggu ni masuk lagi 2 orang pensyarah baru untuk FSKM. Seorang pensyarah matematik dan seorang pensyarah statistik. Workload mengajar saya berkurangan kerana pensyarah baru telah mengambil satu kelas dari saya. Kelas D3B1 akan mendapat pensyarah baru pada minggu hadapan. Saya harap mereka akan lebih bersemangat lagi. Dengan itu ATA saya menjadi 17 jam sahaja. Walaupun dah tak dapat claim tapi mungkin rahmat bulan puasa maka saya dapatlah menyelesaikan kerja-kerja yang masih tertangguh terutama kerja master saya. Semester ini saya agak malas. Housemate saya pun kata begitu. Tidak seperti Zarin semester-semester yang lepas yang mampu bertahan membuat kerja-kerja sehingga 12 tgh mlm setiap hari. Saya berharap mulai minggu depan Zarin akan jadi rajin semula.
Friday, September 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
rajin2 la buat keje.....jd contoh yg baik tuk kite...
ReplyDelete