:: LaguKu UntukMu ::

Wednesday, September 9, 2009

Perasaan

Bagi saya, perasaan seseorang itu adalah sesuatu yang subjektif. Hanya diri sendiri sahaja yang mengerti apa yang dirasakan. Kadangkala perasaan boleh mendorong kita untuk memikirkan kepada sesuatu perkara. Perasaan boleh menjadikan kita gembira, sedih, sensitif dan pelbagai perasaan lagi yang kadangkala sukar ditafsirkan.Saya sendiri mengalami suatu perasaan yang kurang enak dan memikirkan suatu perkara yang tidak elok akan berlaku. Akhirnya apa yang saya fikirkan melalui apa yang saya rasakan menjadi kenyataan dan kenyataan itu adalah amat pahit untuk diterima lebih-lebih lagi ianya melibatkan orang yang kita sayang

Note ** Saya amat sensitif terhadap perlakuan seseorang itu terhadap saya, orang di sekeliling saya dan persekitaran saya. Ia menimbulkan satu perasaan di hati saya....

No comments:

Post a Comment