:: LaguKu UntukMu ::

Friday, August 19, 2011

Syair Sebuah Pernikahan




Walaupun saya tak kawin lagi tapi nak share with all of u..



"Semoga Allah SWT menghimpun yang terserak dari keduanya memberkati mereka berdua,
meningkatkan kualiti keturunannya sebagai pembuka pintu rahmat, sumber ilmu
dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat."
(Doa Nabi Muhammad SAW, pada pernikahan puterinya Fatimah Az-Zahra dengan Ali bin Abi Thalib)
Filosofi dari Sebuah "Ikatan Pernikahan"



UNTUK SUAMI
(Sebuah Syair Renungan Singkat Bagi Laki-laki)
Pernikahan atau perkawinan, Menyingkap tabir rahasia ...
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah ...
Justru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah...
Pernikahan ataupun perkawinan,
Mengajar kita kewajiban bersama ...
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyid (pembimbing)-nya,
Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya ...
Saat Isteri menjadi madu, Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, ber-hati²lah meluruskannya ...
Pernikahan ataupun perkawinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa ...
Untuk belajar meniti sabar dan ridho,
Karena memiliki Isteri yang tak sehebat mana,
Justru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh ... Amiiin




UNTUK ISTERI
(Sebuah Syair Renungan Singkat Bagi Wanita)
Pernikahan ataupun perkawinan,
Membuka tabir rahasia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad, Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa, apalagi setampan Yusuf
Justru suamimu hanyalah pria akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Membangun keturunan yang soleh ...
Pernikahan ataupun Perkawinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, Kamu penghuninya,
Suami adalah Nakoda kapal, Kamu navigatornya,
Suami bagaikan balita yang nakal, Kamulah penuntun kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja, Kamu nikmati anggur singasananya,
Seketika Suami menjadi bisa, Kamulah penawar obatnya,
Seandainya Suami masinis yang lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun Perkawinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan ridho,
Karena memiliki suami yang tak segagah mana,
Justru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah ... Amiiin




Thursday, August 18, 2011

7 Sunnah Penting

Salam Ramadhan buat semua..

Artikel ini saya dapat dr seorang rakan sekerja yang mengemailkan kepada saya.. Untuk berkongsi bersama moga mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini..



Dalam kehidupan sehari-hari ada kal a kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


Pertama:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


Kedua:

Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.


Ketiga:

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat:

Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.


Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.


Keenam:

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".


Ketujuh:

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme. Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

Wednesday, December 22, 2010

Handphone oh Handphone

Lebih kurang 2 bulan lepas, saya ada membeli handphone baru, Nokia C7. Masa saya beli C7 baru 3 hari launch. Memang excited la..Phone baru kan. Lagipun saya dah lama tak tukar handphone. Rasanya handphone saya dah tiga tahun sebelum my sony ericson hilang kena curi. Dapat pulak ada duit terlebih, so ape lagi terus grab phone baru. Mula-mula nak amik sony ericson satio tapi salesman tu tunjuk C7 and its look more interesting so terus hati terpaut.

My previous phone. I love this phone so much
My new C7

Namun selepas saya guna dalam 2 minggu lebih, one day, masa saya tgh on the phone, saya rasa phone saya panas sgt. tapi saya still terus bersembang gak. habis jer bersembang, phone C7 saya terus off and tak ley on dah. alamak phone rosak.


Saya anta balik phone saya kat kedai. Biasala kan masa beli salesman tu cakap kalau rosak dia akan ganti baru. Tapi kalau u all nak tahu sejak saya hantar kat kedai sampai hari ini tak dapat lagi tau..saya bengang sgt. Salesman tu cakap anta kat kilang nokia, mother board rosak. so tggu mother board baru sampai. Every week pun saya call jawapan dia " Kakak, mother board tu sampai sok. kalau sok siap saya bagi call kakak". Sampai ke sudah dia tak call. Saya jelah yang call and every time the same answer. Woit brape banyak mother board ko order.TENSION...


Tadi pun baru call dia. Still the same answer. Bilalah bley dapat guna balik phone ni...arggghhhhh.

Tuesday, December 21, 2010

Menanti hikmah - MAWI (OST Seruan Pulau Mawi)

Pertama kali mendengar lagu ini, hati saya terus terpaut. Ada bait-bait lirik yang menyatakan rasa hati saya..Just want to share with all of you..
MENANTI HIKMAH-MAWI
Hembusan bayu memecah sunyi penjuru
Alam maya yang diciptakan oleh pencipta
Siang dan malam silih berganti entahkan berhenti
Di bumi ini ketenangan yang dicari
Tapi apakah akan ditemui
Hanyalah berserah pada-Nya
Kerna Dia Maha segalanya
Tanpa akan disangka dugaan tiba
Turut kata pasti akan binasa
Hebatnya badai melanda
Menggoncang jiwa
Oh kita berdoa agar ditemukan cinta ini
Dengan yang lebih memahami
Oh hati ini
Kasih ku..
Antara dua hampiri menagih jiwa
Ketentuan tidak mengenal siapa
Redha dengan apa takdir-Nya
Pasti ada tersirat hikmahnya
Lagu ini adalah lagu tema dari drama bersiri SERUAN PULAU NAMI.

Thursday, October 21, 2010

::B.U.S.Y M.O.D.E::

Dah lama rasanya saya tak mencoretkan sesuatu kat dalam blog ni. Nak kata busy, boleyla tahan busy. Tapi yang selebihnya adalah kerana saya tiada rasa untuk menulis. Ntahlah sejak akhir2 ini saya lebih suka membaca dari menulis.
Apapun blog ni masih lagi aktif. Insyallah lepas dapat la kot idea2 untuk menulis. Sekarang ni pun saya masih lagi sibuk menyiapkan marking test untuk keluarkan "carry-marks" student. Selain tu kena gak siapkan Self Review Portfolio untuk UiTM Johor dan laporan audit. Semuanya perlu settle minggu depan. Hope saya mampu menyiapkannya.
Banyak rasanya yang saya nak kongsikan dengan anda semua. Insyallah selepas semua settle dan saya berada dalam situasi bertenang saya akan kembali menulis...

Monday, August 16, 2010

Tanpa Sedar

Tanpa sedar aku mengenali dirimu
Tanpa sedar aku merindui dirimu
Tanpa sedar aku menyayangi dirimu
Dan
Tanpa sedar aku telah jatuh cinta padamu
Tanpa sedar perhubungan kita terjalin
Tanpa sedar perhubungan kita mula mesra
Tanpa sedar perhubungan kita bertambah erat
Dan
Tanpa sedar perhubungan kita mencetus rasa
Tanpa sedar masa berlalu
Tanpa sedar waktu terus berdetik
Tanpa sedar hari berganti minggu
Dan
Tanpa sedar bulan terusan menjengah
Tanpa sedar kau dan aku berkasihan
Tanpa sedar kau dan aku bercintaan
Tanpa sedar kau dan aku mencipta kebahagiaan
Dan
Tanpa sedar kamu ada aku dan aku ada kamu
**buat insan-insan yang sedang bercinta, moga percintaan kalian hingga ke syurga**
Hasil nukilan adza

16 Ogos - SELAMAT HARI LAHIR MAMA!!

Hari ini genap mama saya iaitu Puan Zaiton binti Sabran berumur 55 tahun. Selamat Hari Lahir Mama.

Maaf andai anakmu ini masih tidak mampu lagi menggembirakan hatimu. Insyallah anakmu ini akan cuba mencari kegembiraan itu sebagai hadiah buat mama.

Maaf andai anakmu ini tidak dapat lagi membalas jasa2 mu. Insyallah moga Allah berikan kesempatan itu buat anakmu ini sebagai hadiah buat mama.

Maaf tiada hadiah mewah yang dapat anakmu berikan. Hanya tanda ucapan kasih sayang yang mampu anakmu ini hadiahkan buat mama.

Moga Allah panjangkan umur mama, murahkan rezeki dan kebahagian sehingga akhir hayat dunia dn akhirat. Sayang mama dunia dan akhirat.